Collector
UMNO mengalukan pemimpin, ahli Bersatu dipecat dan digantung sertai Rumah Bangsa - Asyraf Wajdi | Collector
UMNO mengalukan pemimpin, ahli Bersatu dipecat dan digantung sertai Rumah Bangsa - Asyraf Wajdi
Sinar Harian

UMNO mengalukan pemimpin, ahli Bersatu dipecat dan digantung sertai Rumah Bangsa - Asyraf Wajdi

SHAH ALAM- UMNO sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat menyertai parti itu termasuk pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipecat atau digantung.Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sehingga kini UMNO telah menerima kira-kira 17, 000 ahli baharu melalui pendaftaran dalam talian sejak pelancarannya lebih dua minggu lalu."Kembalilah ke Rumah Bangsa! UMNO sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat, lagipun semuanya berasal dari rahim UMNO juga, bagaikan sirih pulang ke gagang."Mana yang masih belum mendaftar boleh daftar (dalam talian) dengan mudah dan sepantas tak sampai 3 minit," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.Terdahulu, Bersatu mengambil tindakan disiplin terhadap enam pemimpinnya termasuk memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan menggantung keahlian empat lagi pemimpin parti berkuat kuasa serta-merta.Menerusi notis dikeluarkan Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan setakat jam 7 malam, Jumaat, ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis dipecat daripada parti itu.Selain itu, beberapa lagi pemimpin dikenakan tindakan penggantungan hak keahlian bagi tempoh dua penggal pemilihan Bersatu.

Go to News Site