Sinar Harian
MAKKAH - Dalam kesibukan jutaan tetamu ALLAH yang memenuhi bumi Makkah serta cuaca panas mencengkam, kelihatan sekumpulan petugas berpakaian seragam hitam dengan jalur hijau cerah setia berkawal di lokasi strategik.Mereka bukan sekadar pemerhati, sebaliknya menjadi talian hayat kepada ribuan jemaah haji Malaysia yang memerlukan bantuan ketika menunaikan ibadah.Dikenali sebagai pasukan Semut Hitam, unit rondaan itu memikul tanggungjawab besar yang menuntut kesabaran serta pengorbanan fizikal tinggi bagi memastikan kelancaran perjalanan ibadah tetamu ALLAH.Cabaran cuacaKetua Unit Rondaan, Ahmad Fauzee Mohd Salleh berkata, tugasan musim ini lebih mencabar terutamanya melibatkan faktor cuaca panas serta kepadatan jemaah."Cabaran utama kami pada musim ini adalah cuaca yang panas pada siang hari, kepadatan jemaah dan ada sesetengah jemaah haji yang pertama kali datang tidak tahu hala tuju walaupun taklimat telah diberikan sebelum ini," katanya.Beliau berkata, pasukan itu bukan sahaja membantu dari segi navigasi, malah turut berperanan sebagai pasukan bantuan awal dalam situasi kecemasan.Katanya, setiap anggota telah dilengkapi kemahiran asas Bantuan Pernafasan Kecemasan (CPR) sebelum berlepas ke Tanah Suci."Apabila menerima aduan kecemasan, kami akan segera ke lokasi untuk memberi rawatan awal sebelum dirujuk kepada pasukan perubatan atau hospital berdekatan," ujarnya.Gerak kerja tersusun 24 jamWalaupun hanya dianggotai 15 petugas, gerak kerja pasukan Semut Hitam disusun rapi bagi meliputi kawasan sekitar Masjidil Haram.Pasukan yang dianggotai anggota Polis Bantuan Tabung Haji ini dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Team A dan Team B yang bertugas secara tiga syif sepanjang 24 jam.Operasi mereka turut menggunakan sistem zon bagi mengelakkan jemaah tersasar jauh dari penginapan.Bagi memudahkan pengecaman, kod warna pada lanyard digunakan sebagai panduan pantas dengan Zon A menggunakan warna biru, hijau, merah dan oren, manakala Zon B pula warna kuning dan ungu.Ahmad Fauzee berkata, kekeliruan sering berlaku apabila jemaah hanya bergantung kepada warna beg."Masalah jemaah haji tersasar berlaku kerana mereka mengikut warna beg sahaja. Warna beg kita merah dan semuanya sama, jadi mereka tidak melihat warna lanyard menyebabkan mudah tersasar," katanya.Tambahnya, persamaan nama bangunan seperti Abraj Al Janadriyah, Qasr Al Janadriyah dan Rehab Al Janadriyah turut menjadi antara faktor kekeliruan di kalangan jemaah.Simbol keprihatinan di Tanah SuciSementara itu, bagi jemaah haji Malaysia pula, kehadiran ‘Semut Hitam’ di pekarangan Masjidil Haram bukan sekadar petugas, sebaliknya menjadi simbol keprihatinan dan keselamatan yang sentiasa ada untuk memimpin mereka kembali ke maktab dengan selamat.Bagi seorang jemaah, Mohd Mohyee Aris, kepantasan dan kesediaan pasukan Semut Hitam dalam menghulurkan bantuan amat dihargai.Walaupun pernah menunaikan haji 15 tahun lalu, beliau mengakui landskap Makkah kini banyak berubah sehingga menyebabkan beliau hampir buntu mencari jalan keluar."Semalam saya tercari-cari jalan keluar. Saya nampak lencana pasukan Semut Hitam, jadi beliau membantu saya dari kedudukan asal, tunjuk jalan keluar hingga ke tempat bas," katanya ketika ditemui di sini.Beliau turut menasihatkan jemaah lain agar tidak berasa was-was atau takut sekiranya berdepan situasi sama kerana pasukan berkenaan mudah dikenali melalui identiti pakaian mereka."Lencana dia cukup senang. Warna hitam dengan jalur hijau, ada logo. Jadi minta bantuan, mereka akan bantu sampai kita jumpa jalan penyelesaian sepenuhnya," katanya.Seorang lagi jemaah, Raduan Alias pula menyifatkan pasukan Semut Hitam bukan sekadar penunjuk arah, malah berperanan sebagai ‘duta’ yang mencerminkan keprihatinan petugas haji negara."Mereka ibarat duta yang menunjuk jalan. Jika ada jemaah tersasar atau mencari arah pulang, mereka adalah penyuluh di tengah kekeliruan," ujarnya.Kehadiran pasukan itu memberi kelegaan kepada jemaah untuk menunaikan ibadah dengan lebih tenang tanpa kebimbangan tersasar atau berdepan situasi sukar, sekali gus memastikan kebajikan dan keselamatan jemaah Malaysia terus terpelihara sepanjang berada di Tanah Suci.
Go to News Site