Collector
Cuba lemahkan parti, pihak sehaluan Rafizi dipercayai sebar kajian 66 kerusi PKR – Exco AMK | Collector
Cuba lemahkan parti, pihak sehaluan Rafizi dipercayai sebar kajian 66 kerusi PKR – Exco AMK
Sinar Harian

Cuba lemahkan parti, pihak sehaluan Rafizi dipercayai sebar kajian 66 kerusi PKR – Exco AMK

KUALA LUMPUR – Sebaran dokumen bertajuk Analisis Strategik PRU16: Ringkasan Mengikut Tier kepada media selepas dibentangkan dalam perjumpaan 900 pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya baru-baru ini dipercayai mempunyai kaitan dengan pihak yang sehaluan dengan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli.Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Dzul Hilmi Zainol berkata, perkara itu dilihat selari dengan pendekatan kelompok tertentu yang cuba memberi gambaran bahawa PKR berada dalam keadaan lemah tanpa pengaruh pihak berkenaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Menurutnya, rakyat boleh menilai sendiri mesej yang cuba dimainkan melalui sebaran dokumen tersebut kerana ia bukan sekadar laporan dalaman biasa, sebaliknya dilihat disusun bagi membentuk persepsi bahawa PKR sedang berdepan kelemahan dan kepimpinan tertentu menjadi puncanya."Lebih menghairankan apabila naratif yang dibina sangat selari dengan gerakan politik kelompok tertentu yang sejak kebelakangan ini dilihat lebih gemar bermain persepsi serta tekanan media berbanding memperkukuhkan parti dari dalam."Ini kerana secara jelas haluan Rafizi cuba menyampaikan kepada seluruh anggota PKR bahawa tanpa mereka, PKR berada dalam keadaan lemah dan akan gagal jika memasuki gelanggang PRU16," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, jika benar terdapat pihak yang membocorkan dokumen dalaman kepada media, tindakan itu dianggap tidak bertanggungjawab kerana memberi ruang kepada lawan politik menyerang PKR.Katanya, budaya politik sedemikian tidak membantu parti menghadapi PRU16, malah hanya menjejaskan keyakinan akar umbi serta rakyat terhadap kestabilan parti."Saya juga berpandangan mana-mana pemimpin yang benar-benar ikhlas mahu melakukan reformasi sepatutnya memperkukuhkan parti secara kolektif, bukannya membina naratif seolah-olah parti hanya kuat apabila berpihak kepada kelompok tertentu dan lemah apabila kehendak politik mereka tidak dipenuhi."PKR bukan milik mana-mana individu atau kem. Parti ini dibina atas perjuangan bersama. Sebab itu saya percaya majoriti anggota mahukan politik yang matang, stabil dan berorientasikan kemenangan parti, bukannya permainan persepsi yang akhirnya hanya memecah-belahkan saf perjuangan sendiri," katanya.Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan mengenai analisis strategik PRU16 Parlimen Malaysia dalaman PKR yang dibentangkan seorang pemimpin kanan parti berkenaan.Dokumen bertajuk Analisis Strategik PRU16: Ringkasan Mengikut Tier itu memaparkan gambaran bahawa PKR kini berada dalam keadaan berjaga-jaga apabila penguasaan parti di beberapa kerusi utama didakwa semakin terhakis.

Go to News Site