Sinar Harian
MAKKAH - Ibadah haji bukan sekadar perjalanan menyempurnakan tuntutan agama tetapi juga medan mendidik kesabaran, disiplin dan rasa hormat sesama insan sepanjang berada di Tanah Suci.Atas semangat itu, Pengurusan Tabung Haji (TH) mengingatkan jemaah haji muassasah supaya menjaga adab serta mematuhi peraturan ditetapkan termasuk larangan merokok di kawasan penginapan bagi memastikan kebajikan dan keharmonian semua tetamu Allah terus terpelihara.Ketua Maktab 63, Shahidan Taib berkata, larangan itu meliputi kawasan dalam bilik, di dalam bangunan dan persekitaran maktab.Menurutnya, jemaah perlu memahami bahawa perbuatan merokok di kawasan awam bukan sahaja menjejaskan keselesaan orang lain, malah melibatkan aspek hablum minannas atau hubungan sesama manusia."Ibadah haji bukan sekadar hubungan kita dengan ALLAH, tetapi juga bagaimana kita menjaga hubungan dan tidak mengganggu rakan-rakan sebilik serta jemaah lain," katanya dalam sesi perkongsian maklumat di sini.Selain merokok, katanya, jemaah juga dilarang sama sekali memasak di dalam bilik hotel atas faktor keselamatan kebakaran, meskipun penggunaan mi segera dalam cawan masih dibenarkan.Pengurusan haji lebih efisienShahidan, 54, yang mempunyai pengalaman selama 28 tahun bersama TH sejak 1998 menyifatkan pengurusan haji kini jauh lebih efisien berbanding era manual.Katanya, jika dahulu rekod dan laporan perlu ditulis di dalam buku daftar, kini proses digitalisasi membolehkan akses data dilakukan lebih pantas, tepat dan mengurangkan beban kerja petugas.Menurut beliau, transformasi itu turut melibatkan sistem komunikasi apabila penyampaian maklumat tidak lagi bergantung kepada nota tampalan atau sesi perjumpaan semata-mata."Kita kini menggunakan WhatsApp yang merupakan medium paling popular selain aplikasi TH Hujjaj untuk berinteraksi dan menerima aduan jemaah secara dua hala," katanya yang pernah bertugas di pelbagai jabatan dan negeri termasuk Pahang, Selangor, Melaka dan Wilayah Persekutuan.Aduan kepadatan bilikMenyentuh kebajikan jemaah di maktab, beliau berkata, pihak pengurusan sentiasa memastikan aspek fizikal seperti fungsi lampu, penghawa dingin dan bekalan air diperiksa sebelum jemaah tiba.Bagaimanapun, beliau tidak menafikan terdapat aduan berkaitan kepadatan katil di dalam bilik."Jemaah perlu faham bahawa bilangan katil ini bukan ditentukan oleh TH, sebaliknya ia adalah ketetapan dan kelulusan pihak berkuasa Arab Saudi yang perlu dipatuhi oleh pihak hotel," katanya.Tambah beliau, setiap aduan jemaah tetap akan diberi perhatian sebaik mungkin bagi memastikan kepuasan hati mereka terjaga.Santuni jemaah melalui ziarahBagi mengurangkan tekanan jemaah, TH turut mengekalkan tradisi sambutan meriah dengan kerjasama pihak Holiday Inn Bakkah (HIB) sebaik jemaah turun dari bas.Selain itu, program ziarah ke bilik jemaah dilaksanakan pada hari berikutnya bagi mendengar luahan rasa serta membina hubungan lebih akrab antara petugas dan jemaah.Beliau turut menyeru jemaah supaya sentiasa memberi kerjasama dan akur kepada arahan pihak berkuasa Arab Saudi termasuk polis demi kelancaran operasi serta faktor keselamatan.Masyair kini lebih selesaSituasi di Masyair kini jauh berubah berbanding sebelum ini, dengan kawalan ketat pihak Arab Saudi terhadap jemaah tanpa visa menjadikan pergerakan lebih lancar.Malah, kemudahan di khemah Masyair kini lebih selesa dengan penggunaan material gypsum board."Buat pertama kalinya tahun ini, TH memperkenalkan penggunaan ‘sofa bed’ di Arafah dan Mina bagi memberikan ruang yang lebih luas dan selesa kepada jemaah," katanya.Petugas perlu jaga disiplinDi sebalik kelancaran operasi, Shahidan turut menekankan kepentingan disiplin dan kesihatan petugas yang bekerja dalam waktu tidak menentu.Beliau menasihati petugas agar menjaga waktu tidur, pemakanan yang disediakan TH serta mengekalkan kekuatan rohani melalui ibadah solat supaya amanah menyantuni Dhuyufurrahman dapat dilaksanakan dengan sempurna.Shahidan turut menyifatkan peluang bertugas di Tanah Suci sebagai satu penghormatan dan ibadah yang amat besar maknanya.
Go to News Site