Collector
DOSM Malaysia nombor satu dunia, atasi Finland dan Singapura | Collector
DOSM Malaysia nombor satu dunia, atasi Finland dan Singapura
Sinar Harian

DOSM Malaysia nombor satu dunia, atasi Finland dan Singapura

JELI - Malaysia melonjak ke tangga pertama dunia dalam penilaian Open Data Inventory (ODIN) 2024/2025 sekali gus mengatasi negara maju seperti Finland, Poland dan Singapura dalam pengurusan statistik global.Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, pencapaian itu meletakkan Malaysia di kedudukan nombor satu daripada 197 negara di dunia.Menurut beliau, kejayaan tersebut membuktikan statistik negara kini berada pada tahap kukuh dan diiktiraf di peringkat antarabangsa."Tahun sebelum ini kita berada di kedudukan ke-67, tetapi sekarang kita telah menerajui statistik global."Baru-baru ini pakar runding daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sendiri datang bertanya bagaimana DOSM berjaya menghasilkan statistik yang begitu kukuh," katanya semasa sidang akhbar pada Sabtu.Sebelum itu, beliau hadir pada Program 'Run, Breathe, Nature' yang dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Balah, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil di Padang Istiadat di sini dan turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Jeli, Wan Fahazil Wan Mohamad Jaffar.Menurut beliau, kekuatan statistik Malaysia terhasil daripada pendekatan DOSM yang memberi fokus kepada keperluan pengguna dan rakyat, bukan sekadar menghasilkan data umum.Ujarnya, rakyat hari ini perlukan statistik yang lebih terperinci atau 'disaggregated', bukan data berbentuk umum semata-mata.Mohd Uzir memberitahu, di bawah kerangka Sustainable Development Goals (SDG), pejabat statistik di seluruh dunia bertanggungjawab menyediakan lebih 300 indikator bagi mengukur kebajikan rakyat, pencapaian ekonomi dan urus tadbir.

Go to News Site