Collector
Lelaki rugi RM800,000 rumah dipecah masuk | Collector
Lelaki rugi RM800,000 rumah dipecah masuk
Sinar Harian

Lelaki rugi RM800,000 rumah dipecah masuk

GOMBAK – Seorang lelaki mengalami kerugian lebih RM800,000 selepas rumah miliknya di Taman Melawati di sini dipercayai dipecah masuk penjenayah dalam kejadian pada Khamis.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu selepas pengadu tiba di rumah kira-kira jam 11.30 malam.Menurutnya, mangsa mendapati ruang tamu serta beberapa bilik di dalam rumah berada dalam keadaan berselerak sebelum pemeriksaan lanjut menemukan kesan umpilan pada pintu belakang rumah."Suspek dipercayai masuk ke dalam rumah dengan cara mengumpil jeriji dan pintu belakang sebelum menggeledah beberapa bahagian rumah."Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian berjaya menemukan tiga kesan cap jari untuk tujuan siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, semakan lanjut mendapati beberapa barang kemas serta jam tangan dipercayai hilang dalam kejadian itu."Anggaran keseluruhan kerugian adalah sekitar RM800,000."Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan," katanya.Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya memastikan rumah sentiasa berkunci selain meningkatkan ciri keselamatan kediaman bagi mengelakkan kejadian pecah rumah."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Go to News Site