Collector
Murid Tahun 6 meninggal dunia selepas pengsan ketika perhimpunan sekolah | Collector
Murid Tahun 6 meninggal dunia selepas pengsan ketika perhimpunan sekolah
Sinar Harian

Murid Tahun 6 meninggal dunia selepas pengsan ketika perhimpunan sekolah

KLANG - Seorang murid lelaki dilaporkan pengsan ketika perhimpunan sebuah sekolah di Kapar sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kanak-kanak itu berumur 12 tahun dan merupakan murid tahun enam di sekolah terbabit."Mangsa dilaporkan pengsan kira-kira jam 8.30 pagi ketika perhimpunan di sekolah terbabit."Mangsa kemudiannya dibawa ke HTAR untuk rawatan susulan bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.Katanya, bedah siasat dijalankan terhadap kanak-kanak itu mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kejadian."Setakat ini punca kematian belum dapat disahkan (pending laboratory investigations)."Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya.

Go to News Site