Sinar Harian
SHAH ALAM - Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Dr Marzuki Mohamad menyatakan persetujuan terhadap saranan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki agar ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipecat atau digantung kembali menyertai UMNO.Menurut beliau, cadangan itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua parti, selain mampu memperkukuhkan inisiatif Rumah Bangsa yang sedang diusahakan UMNO."Bersatu pula boleh terus mara ke hadapan tanpa diganggu-gugat dari dalam."Cadangan yang rasional, praktikal dan win-win," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya pada Sabtu.Marzuki turut mendakwa ketua kumpulan terbabit sudah membuat rundingan awal dengan Presiden UMNO tanpa pengetahuan parti dan mungkin itu tujuan rundingan berkenaan."Apa lagi yang ditunggu. Karpet merah telah dibentang. Masuklah dengan paluan kompang," katanya.Terdahulu, Asyraf dalam kenyataannya berkata, UMNO sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat termasuk pimpinan dan ahli Bersatu yang dipecat atau digantung.Menurutnya, parti itu sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat termasuk pimpinan dan ahli Bersatu yang dipecat atau digantung.Bagaikan sirih pulang gagang katanya, mereka semua berasal dari rahim UMNO.Pada Jumaat, Lembaga Disiplin Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu manakala tujuh lagi wakil rakyat digantung keahlian selama dua penggal pemilihan berkuat kuasa serta-merta.Dua ADUN dipecat ialah Abdul Razak Khamis bagi DUN Sungai Tiang yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah dan Dzowahir Ab Ghani (ADUN Suka Menanti) yang juga Ketua Bersatu Bahagian Alor Setar.Tujuh wakil rakyat digantung keahlian pula membabitkan lima ahli Parlimen iaitu Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Datuk Khalib Abdullah (Rompin), Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (Lumut), Datuk Rosol Wahid (Hulu Terengganu) dan Datuk Khlir Mohd Nor (Ketereh).Turut digantung ialah ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain yang juga Ketua Armada Bahagian Padang Rengas dan ADUN Kuala Sepetang, Ahmad Man.Selain itu, Ketua Bersatu Bahagian Hulu Langat, Muhammad Faiz Rahmad yang juga Naib Ketua Armada Nasional turut dipecat keahlian berkuat kuasa pada Jumaat.Semua notis tindakan disiplin itu ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan.
Go to News Site