Collector
Bunuh OKU: Dua lelaki direman enam hari bantu siasatan | Collector
Bunuh OKU: Dua lelaki direman enam hari bantu siasatan
Sinar Harian

Bunuh OKU: Dua lelaki direman enam hari bantu siasatan

PASIR PUTEH - Dua lelaki direman enam hari pada Ahad bagi membantu siasatan kes bunuh orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, yang bekerja sebagai pemasang jubin.Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.Suspek tiba di mahkamah pada jam 9.40 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari serta diiringi anggota polis.Sebelum ini, Muhammad Zakir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian pada jam 12.55 pagi pada 15 April selepas mengalami kecederaan parah.Mangsa sebelum itu ditemukan terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan kepala dengan punca kematian disahkan akibat trauma tumpul.Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Go to News Site