Collector
Peniaga burger antara dua suspek ditahan kes curi kabel | Collector
Peniaga burger antara dua suspek ditahan kes curi kabel
Sinar Harian

Peniaga burger antara dua suspek ditahan kes curi kabel

KAJANG – Seorang peniaga burger antara dua suspek diberkas dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel di sekitar daerah ini.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kedua-dua suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerusi beberapa serbuan di sekitar Kajang dan Bandar Baru Bangi.Menurutnya, tangkapan dibuat hasil maklumat orang ramai serta risikan yang dijalankan pihak polis."Suspek pertama berusia 29 tahun merupakan seorang peniaga burger dan mempunyai satu rekod jenayah lampau."Suspek kedua pula berumur 43 tahun, tidak bekerja serta mempunyai 10 rekod jenayah dan empat rekod narkotik," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Naazron berkata, kedua-dua suspek direman sehingga 12 Mei bagi membantu siasatan lanjut."Polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna perak yang dipercayai digunakan semasa kejadian."Bagaimanapun, usaha mengesan seorang lagi suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kajang," katanya.Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 379 Kanun Keseksaan.Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada penahanan suspek."Polis menyeru masyarakat supaya terus bekerjasama menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Pusat Kawalan Daerah Kajang di talian 03-89114243," katanya.Terdahulu, tular video di media sosial memaparkan beberapa individu dipercayai sedang mencuri kabel di sebuah tamah perumahan di sini.Kesemua suspek kemudian bertindak melarikan diri selepas kegiatan mereka disedari dan ditegur penduduk setempat.

Go to News Site