Collector
Tangkapan, pertuduhan jenayah komersial meningkat - JSJK | Collector
Tangkapan, pertuduhan jenayah komersial meningkat - JSJK
Sinar Harian

Tangkapan, pertuduhan jenayah komersial meningkat - JSJK

KUALA LUMPUR - Tangkapan dan pertuduhan bagi kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, sehingga Mac, tangkapan direkodkan seramai 7,190 orang berbanding 7,084 orang pada tahun lepas, meningkat 1.5 peratus atau 106 orang.Beliau menambah, jumlah pertuduhan juga meningkat kepada 5,140 kes berbanding 4,525 kes tahun sebelumnya."Sepanjang tempoh tiga bulan, JSJK menerima 64,643 laporan polis berbanding 57,260 laporan pada tahun 2025," katanya kepada Sinar Harian.Bagaimanapun, kata Rusdi, terdapat penurunan jumlah kerugian iaitu RM787 juta pada 2025 kepada RM764 tahun ini.Beliau menegaskan, JSJK tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau kumpulan yang terlibat dalam aktiviti penipuan khususnya yang memperdaya orang awam."Hubungi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) segera melalui talian 997 sekiranya menjadi mangsa dan mempunyai sebarang maklumat jenayah penipuan dalam talian," ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat sebagai 'keldai akaun', operator panggilan atau mana-mana peranan dalam sindiket penipuan kerana ia merupakan satu kesalahan jenayah serius.

Go to News Site