Collector
Polis 'pukat' remaja merempit | Collector
Polis 'pukat' remaja merempit
Sinar Harian

Polis 'pukat' remaja merempit

KUALA LANGAT - Kumpulan remaja dan pelajar sekolah yang menunggang motosikal tanpa lesen memandu dan kenderaan itu yang diubah suai dengan bunyi bising dikejutkan dengan operasi polis di sini Jumaat lalu.Operasi dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat susulan aduan awam.Difahamkan, ketika operasi penguatkuasaan itu, rata-rata golongan remaja terbabit hendak keluar melepak.Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, Op Motosikal bermula jam 10 malam itu dijalankan di sekitar Bukit Changgang dan Banting bagi membanteras aktiviti samseng jalanan.Menurutnya, operasi sehingga jam 4 pagi bertindak memeriksa 35 individu dan 30 motosikal."Hasil operasi telah mengeluarkan 55 saman atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu dan perlindungan insurans, ubah suai ekzos dan struktur kenderaan serta tidak memakai topi keledar."Enam motosikal kerana ditunggang tanpa lesen memandu serta ubah suai ekstrem turut disita," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.Beliau berkata, semasa operasi dilakukan, terdapat cubaan penunggang untuk melarikan diri namun keadaan berjaya dikawal tanpa sebarang tindakan agresif.Katanya, pihak polis memandang serius kegiatan samseng jalanan yang bukan sahaja melanggar undang-undang, malah membahayakan pengguna jalan raya lain."Ibu bapa juga diingatkan agar tidak membenarkan anak bawah umur menunggang motosikal selain memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat dan sah di sisi undang-undang," katanya.Tegas beliau, operasi akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Go to News Site