Collector
TMESA bantu 1,157 pelajar B40 sejak 20 tahun lalu | Collector
TMESA bantu 1,157 pelajar B40 sejak 20 tahun lalu
Sinar Harian

TMESA bantu 1,157 pelajar B40 sejak 20 tahun lalu

SHAH ALAM - Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tengku Mahmud Besut (TMESA) sudah membantu seramai 1,157 pelajar kurang berkemampuan (B40) di tiga kawasan di Terengganu menerusi program Sponsor A Student (SAS) sejak 20 tahun lalu.Presidennya, Datuk Muhammad Nasir Hamzah berkata, sehingga kini sebanyak RM1.7 juta dibelanjakan bagi membantu membiayai pendidikan pelajar B40 di daerah Besut, Setiu dan Kuala Berang.Menurutnya, Majlis Tautan Kasih dianjurkan setiap tahun bagi mengekalkan hubungan mesra serta semangat kasih sayang dalam kalangan alumni sejak zaman persekolahan."Program ini diadakan setiap tahun sejak TMESA ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu dan kali ini Shah Alam dipilih kerana lokasi ini strategik bagi kebanyakan ahli yang menetap di sekitar Lembah Klang," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tautan Kasih dan Pelancaran SAS 18 yang berlangsung di Kompleks Karangkraf di sini pada Ahad.Hadir sama, Penaung TMESA, Datuk Dr Muhamad Fasri Samsudin.Mengulas mengenai SAS 18, beliau berkata, program berkenaan sebenarnya sudah memasuki tahun ke-20 pelaksanaan, namun pernah terhenti selama dua tahun akibat pandemik Covid-19.Katanya, idea penubuhan program itu tercetus hasil keprihatinan alumni terhadap kebajikan pelajar miskin yang memerlukan bantuan pendidikan."Setiap tahun kita mengehadkan kepada 70 pelajar untuk menerima biasiswa. Mereka bukan sahaja pelajar cemerlang, tetapi turut membabitkan pelajar daif yang mempunyai potensi besar untuk berjaya," katanya.Muhammad Nasir berkata, program SAS berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang termasuk ada yang melanjutkan pengajian ke Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom.Beliau berkata, antara pencapaian membanggakan ialah apabila seorang bekas pelajar SAS berjaya meraih anugerah Pelajar Terbaik ACCA Foundation."Walaupun mereka berasal dari daerah terpencil, apabila diberi peluang dan bantuan, mereka mampu mencapai kejayaan besar. Harapan kita supaya mereka kembali menyumbang semula kepada masyarakat di Besut," katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, bantuan SAS tidak hanya tertumpu kepada pelajar Sekolah Tengku Mahmud sahaja, sebaliknya terbuka kepada semua pelajar miskin tanpa mengira sekolah.Katanya, pihak TMESA sendiri turun padang bagi menilai keadaan sebenar pelajar sebelum bantuan diberikan."Ada pelajar yang hanya mampu makan nasi tiga kali seminggu dan tidak bertukar pakaian sekolah selama seminggu."Kami juga pernah menemui dua beradik yang terpaksa bergilir-gilir ke sekolah kerana hanya mempunyai satu set uniform sekolah. Hari ini adik pakai, esok abang pula pakai sebelum perkara itu disedari guru," katanya.Beliau berkata, keadaan itu menjadi antara pendorong utama untuk TMESA terus memperkukuhkan program SAS demi membantu lebih ramai pelajar miskin pada masa depan."Jika lebih ramai penyumbang tampil membantu, hasrat kami adalah untuk meluaskan bantuan ini kepada lebih ramai pelajar yang memerlukan," tambahnya.

Go to News Site