Sinar Harian
BACHOK - Dua lelaki yang direman enam hari pada Ahad bagi membantu siasatan kes bunuh orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, memiliki rekod dadah.Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, mereka berdua juga merupakan rakan kepada mangsa."Kedua-dua suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan di Kubang Kerian dan Kota Bharu pada kira-kira jam 1 dan 3 pagi Ahad."Salah seorang suspek bekerja sebagai peniaga pakaian manakala seorang lagi merupakan penganggur," katanya ketika dihubungi pemberita pada Ahad.Sinar Harian Online melaporkan dua lelaki direman enam hari pada Ahad bagi membantu siasatan kes bunuh OKU pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry yang bekerja sebagai pemasang jubin.Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 25 tahun itu dikeluarkan Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan.Suspek tiba di mahkamah pada jam 9.40 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari serta diiringi anggota polis.Sebelum ini, Muhammad Zakir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian pada jam 12.55 pagi pada 15 April selepas mengalami kecederaan parah.Mangsa sebelum itu ditemukan terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan kepala dengan punca kematian disahkan akibat trauma tumpul.Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Go to News Site