Collector
Jangan ada interpretasi negatif pindaan Akta Mara - Ahmad Zahid | Collector
Jangan ada interpretasi negatif pindaan Akta Mara - Ahmad Zahid
Sinar Harian

Jangan ada interpretasi negatif pindaan Akta Mara - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR – Pihak tertentu diingatkan agar tidak membuat interpretasi negatif berhubung cadangan pindaan Akta Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang sedang diperincikan kerajaan ketika ini.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan tersebut dibuat sendiri oleh pihak Mara melalui keputusan mesyuarat ahli-ahli majlis institusi berkenaan.Menurut beliau, tujuan utama pindaan itu adalah memastikan Mara terus berada pada landasan asal penubuhannya sejak era Lembaga Kemajuan Kampung dan Perindustrian (RIDA) serta Kongres Ekonomi Bumiputera 1965."Akta ini dibuat supaya kita kembali kepada landasan asal dan supaya tata kelola pengurusan Mara ini tidak lari apabila Ketua Pengarah bertukar, Pengerusi Mara bertukar, menteri yang jaga Mara bertukar, malah apabila kerajaan bertukar."Akta itu tetap digunakan bukan hanya sebagai panduan tetapi mesti dan wajib diikuti. Jangan ada interpretasi yang negatif ataupun yang berbeza-beza," katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Musyawarah Nasional di ibu negara pada Ahad.Ahmad Zahid berkata, arahan untuk menyediakan pindaan dan akta baharu Mara diberikan oleh Perdana Menteri dalam tempoh tiga bulan.Bagaimanapun katanya, beliau memberi respons supaya pembentangan kepada Jemaah Menteri dapat dilakukan lebih awal dalam tempoh tiga minggu."Seminggu telah berlalu. Insya-ALLAH dalam tempoh dua minggu ini saya akan bentangkan sendiri," katanya.Beliau berkata, dua mesyuarat telah dipengerusikannya bersama Ahli Majlis Mara, pegawai kanan dan panel peguam bagi meneliti kandungan pindaan akta tersebut secara terperinci.Katanya, penelitian itu penting supaya fungsi dan matlamat asal penubuhan Mara tidak tersasar daripada agenda memperkasakan Bumiputera.Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid turut menegaskan agenda bumiputera dan Islam tidak boleh dianggap sebagai agenda terasing kerana ia adalah agenda nasional yang selaras dengan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan serta kontrak sosial negara.Menurut beliau, tiada mana-mana pembentangan dalam Musyawarah Nasional yang menyanggah agama atau kaum lain.Sebaliknya katanya, perbincangan yang diadakan hanya tertumpu kepada usaha menterjemahkan agenda nasional berkaitan kedudukan Melayu dan bumiputera.

Go to News Site