Collector
Krisis adat Negeri Sembilan: Bekas kerani pula diisytihar sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 | Collector
Krisis adat Negeri Sembilan: Bekas kerani pula diisytihar sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11
Sinar Harian

Krisis adat Negeri Sembilan: Bekas kerani pula diisytihar sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11

SEREMBAN - Selepas akauntan berusia 29 tahun diumum dilantik sebagai Undang Luak Sungei Ujong ke-11 bagi menggantikan Datuk Mubarak Dohak, kini dalam satu majlis di sini, diisytiharkan pula seorang bekas kerani sebagai penyandang Datuk Klana Petra tersebut.Majlis pemasyhuran Abd Rahman Limat berusia 70 tahun sebagai penyandang dibuat dalam majlis istiadat di Telapak Tua Kampung Chedang di sini pada Ahad.Pemasyhuran bapa kepada enam anak itu dimaklumkan telah dipersetujui oleh Ibu Soko, Buapak dan Tiang Balai Perut Waris Hulu.Majlis berkenaan yang bermula sekitar jam 2.45 petang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Buapak Perut Waris Hulu sebelum disusuli istiadat menandatangani watikah pelantikan.Difahamkan, Abd Rahman yang mempunyai pendidikan tertinggi Sijil Rendah Pelajaran merupakan Suku Biduanda Waris Klana manakala jawatan beliau di dalam waris ialah Datuk Juan Waris Perut di Hulu Luak Sungei Ujong.Selain itu, beliau turut didakwa pernah menghantar nama sebagai calon Datuk Klana Petra Undang Luak Sungei Ujong pada 13 November 2004.Di lokasi, turut kelihatan sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire tertera dengan tanda kenderaan rasmi Datuk Undang Luak Sungei Ujong.Sebelum ini, Mubarak dilaporkan telah dipecat daripada jawatannya malah turut diperakui oleh kerajaan negeri.Beliau bersama tiga Undang lain bagaimanapun telah mengisytiharkan pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, berkuat kuasa serta-merta.Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam kenyataannya pada 20 April lalu menjelaskan bahawa tindakan Mubarak yang menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Tuanku Muhriz tidak boleh diterima atau diiktiraf.Ini kerana katanya, Mubarak tidak lagi mempunyai kuasa dan fungsi sebagai Undang Luak Sungei Ujong, selain tidak selaras dengan Perkara 10 hingga 12 Undang-Udang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan(UUTKNS) 1959."Pemberhentian Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong telah dibuat mengikut pesaka dan adat Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Sungei Ujong sejak 13 Mei 2025."Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang(DKU) pada 17 April lepas telah bersetuju menasihat dan menerima kesepakatan Telaga Undang, Waris Klana Hulu, Luak Sungei Ujong yang memberhentikan Mubarak sebagai penyandang pesaka Datuk Klana Petra Luak Sungei Ujong ke-10 selaras peruntukan Fasal 14(3) UUTKS," katanya.Tidak lama selepas itu, Waris Nan Tua Klana Hulu bersama Ibu Soko-Ibu Soko Klana Hulu dan Waris-Waris Klana Hulu melantik Muhammad Faris Johari yang merupakan seorang akauntan sebagai Undang baharu yang dibuat dalam istiadat kerapatan di Telaga Undang pada 22 April lalu.Pemilihan tersebut didakwa mengikut salasilah pada Fasal ke-27 Teromba dan Salasilah Negeri Sungei Ujong 1910 dan hukum adat ‘patah tumbuh’ termaktub pada Fasal 5 Undang-undang Sungei Ujong.Berdasarkan Fasal 48 (VI) Teromba dan Salasilah Negeri Sungei Ujong 1910, pelantikan tersebut disahkan oleh Datuk Andulika Mandalika Zainol Ariffin Ibrahim Tua Lembaga Waris di-Darat yang sah dan diiktiraf kerajaan Negeri Sembilan.

Go to News Site