Sinar Harian
PULAU CAREY - Landskap ladang kelapa sawit yang sebelum ini sinonim sebagai kawasan operasi tertutup kini tampil dengan wajah baharu apabila SD Guthrie Berhad (Guthrie) melancarkan ELAEIS GARDENS.ELAEIS Gardens merupakan destinasi ekopelancongan yang membuka ruang kepada orang ramai meneroka keindahan alam semula jadi serta memahami operasi perladangan secara lebih dekat.Inisiatif tersebut juga memberi peluang kepada orang awam menikmati kemudahan yang selama ini dianggap biasa dalam kalangan kakitangan syarikat, selain mendidik masyarakat mengenai aktiviti operasi serta kepentingan amalan perladangan lestari.Pengarah Urusan Kumpulan Guthrie, Mohd Haris Mohd Arshad berkata, penjenamaan semula itu mencerminkan komitmen syarikat terhadap keterbukaan, pemeliharaan alam sekitar dan penglibatan masyarakat."ELAEIS GARDENS adalah evolusi cara kami berkongsi keindahan landskap ladang dan sejarah syarikat. Ia menzahirkan komitmen terhadap ekopelancongan bertanggungjawab serta hubungan erat dengan masyarakat."Melalui pendekatan ini, orang ramai bukan sahaja dapat berehat dan menikmati alam semula jadi, malah memahami bagaimana pengeluaran minyak sawit dilaksanakan secara lestari," ujarnya kepada pemberita.Dengan slogan ‘Di Sisi Alam’ (Alongside Nature), ELAEIS GARDENS menampilkan konsep hospitaliti terbuka berteraskan empat teras utama iaitu penginapan, sajian, sukan golf dan pengalaman mengujakan, sekali gus mengimbangi operasi perindustrian dengan pemuliharaan alam sekitar.Nama ELAEIS diambil daripada Elaeis guineensis, genus saintifik kelapa sawit, yang melambangkan asal-usul Guthrie dalam industri sawit serta sumbangan minyak sawit kepada pembangunan negara selama lebih satu abad.Kemasukan ke kawasan ladang Guthrie di Carey Island untuk menikmati suasana keindahan alam semulajadi adalah percuma.Namun, bayaran dikenakan bagi penggunaan fasiliti tertentu seperti makanan, kelab (country club), padang golf serta penginapan termasuk VIP Bungalow dan Guest Bungalow.Menariknya, pengunjung boleh memilih beberapa pakej ditawarkan termasuk pakej harian dan bermalam,Setakat ini, daripada sembilan destinasi yang dirancang di seluruh negara, tiga lokasi sudah dibuka kepada umum iaitu Pulau Carey di Selangor, Mostyn Estate di Kunak, Sabah yang dikenali sebagai Tasik Impian serta Eco Resort di Melaka.Enam lagi destinasi di Negeri Sembilan, Kedah dan Johor akan dibuka secara berperingkat selepas kerja menaik taraf kemudahan selesai bagi memastikan keselesaan pengunjung.Selain menawarkan pengalaman pelancongan, ELAEIS GARDENS turut membawa konsep "Beyond Zero" yang menjadi teras kelestarian Guthrie merangkumi tiga komponen utama iaitu Zero (Bersih), Restore (Pemulihan), dan Transform (Transformasi).Melalui komponen Zero, syarikat menyasarkan pelepasan karbon sifar bersih dengan mengimbangi pelepasan karbon menerusi program biogas yang menangkap gas metana dari kilang sawit untuk menjana tenaga.Bagi Restore pula, Guthrie melaksanakan usaha pemulihan alam sekitar termasuk program penghutanan semula dengan memulihara dan memulihkan 51,212 hektar kawasan dalam dan sekitar kawasan konsesi merentasi operasi kami.Sementara itu, Transform memberi fokus kepada peningkatan taraf hidup tenaga kerja serta masyarakat di sekeliling operasi syarikat tersebut di Malaysia serta negara operasi lain seperti di Indonesia dan Papua New Guinea.Pelancaran ELAEIS GARDENS sekali gus menandakan perubahan daripada konsep ladang tertutup kepada destinasi pelancongan berasaskan pendidikan, rekreasi dan kelestarian, selari usaha Guthrie membuka warisan industri sawit untuk dikongsi dan dinikmati masyarakat.Untuk keterangan lanjut sila layari https://elaeisgardens.com
Go to News Site