Collector
'UMNO boleh ambil bekas pemimpin, ahli Bersatu bermasalah demi kebaikan bersama' - Tun Faisal | Collector
'UMNO boleh ambil bekas pemimpin, ahli Bersatu bermasalah demi kebaikan bersama' - Tun Faisal
Sinar Harian

'UMNO boleh ambil bekas pemimpin, ahli Bersatu bermasalah demi kebaikan bersama' - Tun Faisal

SHAH ALAM - UMNO boleh mengambil bekas pemimpin dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dikenakan tindakan disiplin untuk menyertai parti berkenaan.Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, tindakan itu demi kebaikan bersama."Asyraf Wajdi (Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) dan UMNO boleh mengambil bekas pemimpin dan ahli yang bermasalah ini demi kebaikan bersama."Insya-ALLAH Bersatu akan terus membuka ruang dan menjadi inklusif kepada lebih ramai lagi di luar sana yang lebih berintegriti dan setia."Selain memahami prinsip demokratik dalam berorganisasi, mematuhi perlembagaan serta disiplin parti," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.Pada Sabtu, Dr Asyraf Wajdi memaklumkan UMNO sedia menerima sesiapa sahaja tanpa syarat menyertai parti itu termasuk pemimpin dan ahli Parti Bersatu yang dipecat atau digantung tanpa syarat selain menyifatkan mereka itu berasal dari rahim UMNO juga umpamanya sirih pulang ke gagang.Terdahulu, Lembaga Disiplin Bersatu memecat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu, manakala enam lagi wakil rakyat digantung keahlian selama dua penggal pemilihan berkuat kuasa serta-merta.Mereka yang dipecat ialah ADUN Suka Menanti, Dzowahir Ab Ghani dan ADUN Sungai Tiang, Abdul Razak Khamis, kedua-duanya ADUN di Kedah.Enam wakil rakyat Bersatu yang digantung keahlian melibatkan lima Ahli Parlimen dan seorang ADUN iaitu Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.Turut dikenakan tindakan sama ialah Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail dan ADUN Chenderoh, Syed Lukman Hakim Syed Mohd Zain.Mengulas lanjut, Tun Faisal berkata, tindakan parti itu menjatuhkan hukuman berkenaan adalah langkah tepat untuk memastikan parti dianggotai dan dibarisi pemimpin serta ahli yang setia, berintegriti, faham perlembagaan dan maksud demokratik dalam berorganisasi.Dalam pada itu beliau berkata, kenyataan bekas Ketua Armada Bersatu merangkap Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad yang mendakwa parti itu sudah tidak ada nilai kepada akar umbi, langsung tidak menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam Bersatu hari ini."Di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak bulan Ramadan yang lalu disusuli bulan Syawal, program-program Bersatu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan menakjubkan."Kehadiran lebih 3,000 orang ahli dan penyokong Bersatu semasa Majlis Berbuka Puasa di Lumut berbanding hanya 300 orang di Majlis Berbuka Puasa anjuran Geng SD pada malam yang sama menjelaskan realiti ini."Begitu juga kehadiran, minat dan semangat lebih 1,400 orang ahli Bersatu Selangor yang ditunjukkan dalam Konvensyen Bersatu Selangor baru-baru ini membuktikan Bersatu terus kukuh, harmoni dan teratur selepas ketiadaan Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Geng SD," katanya.

Go to News Site