Collector
Geng curi kabel ada rekod jenayah, dadah kecundang | Collector
Geng curi kabel ada rekod jenayah, dadah kecundang
Sinar Harian

Geng curi kabel ada rekod jenayah, dadah kecundang

SHAH ALAM - Polis menumpaskan geng curi kabel selepas enam individu dicekup baru-baru ini.Tangkapan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah D4 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dengan kerjasama Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Seksyen 9 dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, operasi di sekitar Lembah Klang bermula 4 hingga 9 Mei berjaya menahan enam lelaki tempatan berusia 26 hingga 40 tahun.Menurutnya, semakan mendapati kesemua suspek masing-maisng mempunyai tujuh hingga 31 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah."Selain itu, ujian air kencing juga mendapati empat suspek positif dadah jenis amphetamine dan nethamphetamine."Operasi ini turut merampas kenderaan jenis Nissan Navara, peralatan yang digunakan oleh saspek semasa melakukan curi kabel serta tiga gulung kabel milik Telekom Malaysia," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, polis dapat menyelesaikan beberapa kes curi kabel di Selangor dengan tertangkapnya kumpulan penjenayah ini.Tegas Ramsay, siasatan masih dijalankan dan kes diklasifikasi di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan serta Seksyen 235 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998."Mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Shah Alam, Inspektor Mohammad Amirul Zulkifli di talian 012-5583436 bagi membantu siasatan," ujarnya.Tambahnya, orang ramai juga diminta segera menyalurkan maklumat mengenai kehadiran individu mencurigakan di kawasan kediaman masiing-masing bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk terus terpelihara.Sebelum ini, tular rakaman video kejadian pada 2 Mei sekumpulan lelaki menggunakan pacuan empat roda mencuri kabel pada awal pagi di Seksyen 2, Shah Alam.

Go to News Site