Sinar Harian
SHAH ALAM – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempersoal tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang mendakwa keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung cadangan mewujudkan jawatan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan sebagai tidak berperlembagaan.Menurut beliau, pindaan itu dibuat mengikut proses sah apabila mendapat sokongan majoriti dua pertiga dalam sidang dewan.Speaker DUN Johor itu dalam masa sama turut mempersoal kenyataan Ahli Parlimen Teluk Intan tersebut yang menggesa Pakatan Harapan (PH) mengadakan kempen mengutip tandatangan rakyat negeri berkenaan bagi membantah keputusan tersebut."Kita tanya Nga Kor Ming, mana lebih berperlembagaan, lulus Enakmen dalam sidang Dewan atau kutip tanda tangan yang boleh dieksploit."Persidangan itu berlangsung dengan tertib dan ikut peraturan. Ia lulus dengan sokongan majoriti dua pertiga. DUN Johor tidak bersidang bawah pokok macam zaman DAP-Pas mentadbir Perak Mei 2008-Febuari 2009," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Sebelum ini, Kor Ming dilapor mahu PH mengadakan kempen mengutip tandatangan rakyat Johor bagi membantah keputusan pindaan tersebut yang didakwanya sebagai tindakan 'pintu belakang'.Mengulas lanjut, Puad turut mengaitkan perkara itu dengan krisis politik Perak pada 2009 ketika pemerintahan Pakatan Rakyat (PR).Beliau berkata, Kor Ming yang ketika itu merupakan Exco Perak turut hadir dalam sidang DUN bawah pokok pada 3 Mac 2009 selepas kerajaan PR kehilangan majoriti mudah susulan tindakan tiga ADUN keluar parti."Nga Kor Ming ketika itu Exco Perak. Jawatannya gugur apabila kerajaan hilang majoriti mudah kerana tiga ADUN PR keluar parti."Nga Kor Ming hadir sidang bawah pokok pada 3 Mac 2009 itu. Apakah itu berperlembagaan dan demokratik? Bukankah itu langkah ikut pintu belakang?" soalnya.
Go to News Site