Collector
'Saya janji jaga Amirah macam adik sendiri' – Yuneswaran | Collector
'Saya janji jaga Amirah macam adik sendiri' – Yuneswaran
Sinar Harian

'Saya janji jaga Amirah macam adik sendiri' – Yuneswaran

SHAH ALAM  - Sanggup mengorbankan cita-cita demi menjaga ibu tercinta dan nenek yang terlantar akibat strok, kisah pilu seorang pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bernama Amirah menarik perhatian Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran.Yuneswaran berkata, Amirah yang merupakan anak kedua memutuskan untuk bekerja bagi membantu meringankan beban keluarga dan berbakti semula pada nenek kesayangannya.Beliau turut memuji sikap Amirah yang sentiasa mengutamakan keluarga sambil beranggapan menyambung pelajaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja."Amirah kata 'saya nak jaga nenek. Dia (nenek) mungkin dah tak lama, jadi saya tak nak menyesal. Pelajaran boleh tunggu'."Saya kagum dengan sikap Amirah. Jadi. saya mengambil inisiatif untuk membiayai lesen B2 dan membantunya mencari pekerjaan."Selain itu, saya temankan Amirah pergi ke beberapa temu duga dan akhirnya dia berjaya mendapat tawaran pekerjaan dengan gaji hampir RM2,000!" katanya menerusi hantaran di Facebook pada Ahad.Namun, bagi Yuneswaran, pertolongan sedemikian belum mencukupi.Atas dasar ihsan, Ahli Parlimen Segamat itu menghadiahkan motosikal kepada Amirah menggunakan duit gaji sendiri."Orang Segamat dah macam ahli keluarga saya sendiri, tak kira bangsa atau agama. Jiwa perpaduan ini saya akan dukung selagi mana berkhidmat," ujarnya.Yuneswaran turut berkongsi reaksi Amirah dan ibunya yang mesra dipanggil Kak Zah sebaik menerima hadiah motosikal tersebut."Amirah tergamam, matanya mula bergenang dan terus menangis. Kak Zah pun terharu."Katanya tak sangka dalam kesusahan yang perlu dia tempuhi selama ini, akhirnya ada orang memahami dan sanggup menghulurkan bantuan."Apalah sangat bantuan saya ini kalau dibandingkan dengan cabaran hidup Kak Zah. Saya janji akan menjaga Amirah macam adik saya sendiri," kata Yuneswaran.Menjengah di ruangan komen, kisah Amirah, Kak Zah yang bertahun-tahun hidup tanpa suami di sisi, nenek terlantar akibat strok dan anak sulung, Atikah yang hanya bekerja di kedai kain sekali gus pencari rezeki keluarga menuai pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya.Majoritinya sebak melihat dugaan yang dihadapi empat beranak tersebut sambil mendoakan agar keluarga kecil itu semakin dimurahkan rezeki.

Go to News Site