Sinar Harian
PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli meneruskan aksi konsisten apabila menamatkan Grand Prix (GP) Perancis di tempat ke-10 pada perlumbaan di Litar Le Mans pada Ahad.Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu mengutip enam mata berharga selepas menamatkan saingan 13 pusingan dalam keadaan litar basah akibat hujan, dengan catatan masa ketinggalan 21.487 saat (s) di belakang juara, Maximo Quiles dari pasukan CFMOTO Gaviota Aspar.Quiles mencatat masa 24 minit 41.640s, manakala pelumba Leopard Racing, Adrian Fernandez menduduki tempat kedua dengan perbezaan 1.888s.Tempat ketiga menjadi milik Matteo Bertelle dari pasukan Level UP-MTA yang ketinggalan 4.227s di belakang pemenang perlumbaan.Kemenangan itu menyaksikan Quiles terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan dengan 115 mata, diikuti Fernandez (93 mata) dan pelumba Red Bull KTM Ajo, Alex Carpe (53 mata).Hakim Danish pula kini mengumpul 18 mata untuk berada di tangga ke-15 daripada 27 pelumba keseluruhan.Pusingan seterusnya akan berlangsung di Catalonia dari 15 hingga 17 Mei.
Go to News Site