Collector
ASWARA Artskap dekati Gen Z | Collector
ASWARA Artskap dekati Gen Z
Sinar Harian

ASWARA Artskap dekati Gen Z

KUALA LUMPUR – Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) tampil dengan pendekatan baharu menerusi penganjuran program ASWARA X Festival Kuala Lumpur: ASWARA Artskap 2026 bagi menarik minat generasi muda terhadap dunia seni dan budaya.Penolong Pengarah Bahagian Korporat ASWARA, Imee Nadiah Abdul Hadi berkata, program yang sebelum ini dikenali sebagai Hari Terbuka ASWARA itu dijenamakan semula bagi memberikan imej lebih kontemporari, urban dan dekat dengan golongan muda khususnya Generasi Z (Gen Z).Menurut beliau, program tersebut bukan sahaja bertujuan memperkenalkan ASWARA kepada masyarakat, malah menjadi platform utama pengambilan pelajar baharu ke institusi berkenaan."ASWARA Artskap ialah gabungan seni dan landskap. Kami mahu tampil dengan konsep lebih segar dan dekat dengan generasi muda untuk mencipta kesedaran terhadap seni."Dengan kerjasama Festival Kuala Lumpur, kami menawarkan pengalaman seni yang dinamik dengan pelbagai aktiviti menarik untuk mendekatkan masyarakat dengan dunia seni, budaya dan warisan," katanya ketika ditemui pada program berkenaan di sini pada Sabtu.Program tahunan itu berlangsung dari jam 9 pagi hingga 10 malam dengan pelbagai aktiviti melibatkan tujuh fakulti serta tiga pusat di bawah ASWARA, antaranya skap pentas, studio, karya, legasi dan layar.Selain itu, turut diadakan aktiviti bengkel zapin untuk pemula, bengkel asas lakonan serta pelbagai sesi interaktif lain.Dalam pada itu, Imee Nadiah memaklumkan bahawa antara keistimewaan Artskap tahun ini ialah penglibatan ramai rakan kolaborasi, termasuk pemain industri kreatif, bagi membuka lebih banyak peluang kepada pelajar ASWARA."Kami tidak mahu lagi bergerak secara silo, jadi kami membawa masuk rakan industri dan kolaborator supaya orang luar lebih mengenali ASWARA, selain pelajar mendapat manfaat dan peluang ke industri."Kami turut membuka ruang kepada pihak industri luar mengadakan sesi uji bakat dan pencarian bakat sepanjang program bagi memberi peluang kepada pelajar ASWARA menembusi industri kreatif secara lebih dekat dan profesional," katanya.

Go to News Site