Collector
Rasuah: Bekas pembantu khas Teressa Kok tiba di mahkamah | Collector
Rasuah: Bekas pembantu khas Teressa Kok tiba di mahkamah
Sinar Harian

Rasuah: Bekas pembantu khas Teressa Kok tiba di mahkamah

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu khas Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur jam 7.30 pagi pada Isnin bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes rasuah berkaitan Projek Mesra Rakyat.Lelaki tersebut yang memakai kemeja putih ditemani oleh peguamnya. Berdasarkan sistem mahkamah, pertuduhan terhadapnya akan dibacakan di hadapan Hakim, Suzana Hussin pada jam 9 pagi.Pada Mac tahun lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lelaki itu bagi membantu siasatan berhubung perolehan papan pintar oleh Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan pada 14 November 2024.Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan jam 9.30 malam pada 5 Mac tahun lalu ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.Menurutnya, mereka disyaki melakukan perbuatan berkenaan pada 2024 sebagai balasan membantu meluluskan permohonan dana projek mesra rakyat bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Go to News Site