Collector
Bukan semarak perbalahan | Collector
Bukan semarak perbalahan
Sinar Harian

Bukan semarak perbalahan

KUALA LUMPUR - Penganjuran Musyawarah Nasional pada Ahad bukan untuk menyemarakkan perbalahan atau menuding jari mencari kesalahan sebaliknya mengenalpasti keresahan dan merumuskan tindakan demi masa depan bangsa.Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia satu wadah kesedaran bahawa kekuatan bangsa tidak boleh dibiarkan menjadi keluhan tetapi digerakkan dalam bentuk tindakan dan pembangunan.Menurutnya, keresahan masyarakat Melayu dan Islam di Malaysia hari ini perlu ditangani dengan bijaksana dan bermaruah."Kita hadir bukan sekadar untuk mengulang rasa kecewa, tetapi untuk menyusun semula kekuatan bangsa selain menentukan apa yang mesti kita lakukan bersama."Perkara ini tidak boleh terus berlegar di media sosial tanpa arah. Kita mesti berani mengenal pasti masalah dengan jujur agar tindakan yang lebih luas dan berkesan dapat dilaksanakan."Percayalah, ada keresahan yang sedang dirasai rakyat. Anak muda mencari arah dan kelangsungan hidup dan usahawan kecil pula sedang bertarung mempertahankan masa depan mereka," katanya di sini pada Ahad.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Musyawarah Nasional bertemakan ‘Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya’, sebuah platform yang menghimpunkan pemimpin politik, tokoh ilmuwan, pemimpin masyarakat serta agensi kerajaan.Ahmad Zahid yang juga pengasas Musyawarah Nasional memberitahu, negara kini berada dalam fasa peralihan besar.Jelasnya, ketidaktentuan geopolitik, ledakan teknologi, kecerdasan buatan dan automasi sedang mengubah dunia dengan pantas."Dalam suasana inilah keresahan muncul. Namun ia tidak harus disalah tafsir sebagai penolakan terhadap perpaduan."Ini adalah soal tanggungjawab terhadap teras bangsa yang menjadi antara tunjang kestabilan negara," ujarnya.Ahmad Zahid turut menjelaskan, lima keresahan orang Melayu yang akan diberi keutamaan adalah memelihara agama dan institusi raja-raja Melayu; medan ekonomi dan pemilikan; medan pendidikan dan bakat masa depan; medan sosial, budaya, bahasa dan perpaduan nasional serta medan politik dan kestabilan kuasa Melayu.Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, terdapat beberapa isu yang dilihat menyentuh sensitiviti kesucian Islam dan kewibawaan institusi raja-raja Melayu."Atas nama kebebasan sekalipun, hormatilah agama Islam, bangsa Melayu dan institusi diraja kerana semua ini adalah sebahagian daripada asas pembinaan negara dan kestabilan Malaysia."Oleh itu, jadikan detik hari ini permulaan untuk menghimpunkan kekuatan terbaik bangsa bagi menyusun semula keyakinan, kekuatan dan hala tuju bangsa," ulasnya.

Go to News Site