Sinar Harian
SUNGAI BULOH - Kawasan hutan di Bukit Lagong di sini yang dijadikan tempat judi sabung ayam digempur polis Sabtu lalu.Serbuan digerakkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).Dalam serbuan itu, terdapat cubaan 'kaki judi' melarikan diri, namun tindakan pantas pasukan operasi berjaya menggagalkan tindakan itu.Siasatan awal polis mendapati lokasi terbabit juga dipercayai menjadi tempat berkumpul untuk bertaruh judi bola golek dan loteri awam.Serbuan hasil maklumat dan risikan juga mendapati kawasan terbabit disyaki telah beroperasi kira-kira satu bulan.Hasil operasi ini juga, 12 ekor ayam hidup dan seekor telah mati dirampas untuk membantu siasatan selain rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM18,000.Operasi bermula kira-kira jam 4 petang itu berjaya menahan 22 lelaki berusia lingkungan 20 hingga 70-an.Difahamkan, salah seorang tangkapan warga Indonesia disyaki penganjur bagi aktiviti sabung ayam.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kesemua tangkapan terdiri daripada 10 warga tempatan dan 12 Indonesia."Siasatan awal mendapati harga pertaruhan antara RM500 hingga RM3,000 bagi setiap permainan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 selain Seksyen 32(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 sertaSeksyen 32(2) akta sama.
Go to News Site