Collector
Bekas pembantu khas didakwa tipu Teresa Kok, terima suapan RM500,000 | Collector
Bekas pembantu khas didakwa tipu Teresa Kok, terima suapan RM500,000
Sinar Harian

Bekas pembantu khas didakwa tipu Teresa Kok, terima suapan RM500,000

KUALA LUMPUR - Bekas pembantu khas, Edmund Teoh Kheng Yaik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas satu pertuduhan menipu Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berhubung sumbangan sekolah bawah Projek Mesra Rakyat dan satu lagi menerima suapan RM500,000 pada dua tahun lalu.Edmund, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin."Faham, tidak bersalah," katanya yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kemeja putih.Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memperdayakan Teresa, 62, untuk mempercayai bahawa hanya dua sekolah di parlimen berkenaan memohon sumbangan 'Interactive Smart Board' sedangkan tertuduh tahu terdapat 16 sekolah lain memohon bantuan sama.Dia dengan sengaja mendorong Teresa untuk bersetuju supaya tertuduh membuat permohonan sumbangan tersebut melalui sistem My-Khas di bawah Projek Mesra Rakyat Parlimen Seputeh yang mana pemimpin itu tidak akan bersetuju sekiranya tidak diperdayakan.Kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh, di Off Jalan Kuchai Lama di sini pada Jun 2024.Bagi kesalahan menipu, dia boleh dihukum di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman, penjara hingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.Bagi pertuduhan kedua, dia yang merupakan Pembantu Pejabat Ahli Parlimen Seputeh didakwa menerima suapan wang tunai RM500,000 daripada seorang lelaki berusia 37 tahun.Ia sebagai upah, membantu mendapatkan sumbangan bagi pembekalan Interactive Smart Board dan peralatan berkaitan kepada 16 sekolah di parlimen itu, oleh TMT IT Solutions milik isteri lelaki berkenaan.Kesalahan didakwa dilakukan di tempat letak kereta sebuah stesen minyak di Kuchai Lama di sini pada 12 Ogos 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.AKAN MENYUSUL

Go to News Site