Collector
UMNO sambut ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor hari ini | Collector
UMNO sambut ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor hari ini
Sinar Harian

UMNO sambut ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor hari ini

JOHOR BAHRU - Beberapa kenderaan pemimpin tertinggi UMNO mula memasuki Istana Besar Johor di sini seawal jam 9.30 pagi pada Isnin bagi meraikan sambutan ulang tahun penubuhan UMNO ke-80.Antara yang kelihatan hadir ialah Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta barisan kepimpinan tertinggi parti dari seluruh negara.Selain itu kenderaan barisan Exco Kerajaan Negeri Johor turut kelihatan memasuki Istana Besar Johor.Difahamkan barisan pucuk pimpinan UMNO itu akan menghadap Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.Sambutan berkenaan dijangka menghimpunkan ratusan pemimpin UMNO dari seluruh negara sebagai simbolik memperingati sejarah penubuhan parti itu di Istana Besar Johor pada 11 Mei 1946.Suasana di sekitar pekarangan istana turut dikawal ketat dengan kehadiran anggota keselamatan sejak awal pagi bagi memastikan kelancaran lalu lintas di tengah pusat bandar raya Johor Bahru.Beberapa pemimpin UMNO kelihatan berbusana Melayu berwarna putih dan merah.Difahamkan bacaan Yasin akan diadakan sempena sambutan ulang tahun tersebut sejurus selepas pertemuan dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.Kemudian barisan kepimpinan UMNO akan bergerak ke Ibu Pejabat UMNO UMNO di Jalan Yahya Awal bagi Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka bermula jam 3 petang.

Go to News Site