Collector
Tokoh Kewangan Islam Daud Bakar, rakan kongsi didakwa pecah amanah RM10.55 juta | Collector
Tokoh Kewangan Islam Daud Bakar, rakan kongsi didakwa pecah amanah RM10.55 juta
Sinar Harian

Tokoh Kewangan Islam Daud Bakar, rakan kongsi didakwa pecah amanah RM10.55 juta

KUALA LUMPUR - Tokoh kewangan Islam, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan rakan kongsinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM10.55 juta antara 2021 dan 2024 lalu.Mohd Daud, 62, yang juga bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah (SAC) Bank Negara Malaysia (BNM) dan Datuk Norliza Tajuddin, 54, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.Mengikut semua pertuduhan, Mohd Daud yang memakai kot berwarna hitam sementara Norliza berbaju kelabu didakwa sebagai ejen iaitu pengarah dan pemegang saham syarikat Energy Eco Sdn Bhd telah diamanahkan dengan harta, dengan niat bersama telah melakukan pecah amanah jenayah ke atas harta tersebut.Ia membabitkan wang iaitu RM400,000 dan RM200,000 milik Moideen Kunjayu; RM500,000, RM900,000 dan RM550,000 (Koperasi Perumahan Sentul Pasar Kuala Lumpur Berhad); RM2 juta (Datuk Dr Mashitah Ibrahim) serta RM6 juta (Myad Kapital Sdn Bhd). Mereka secara tidak jujur telah menggunakan harta tersebut dengan melanggar kontrak nyata yang telah dibuat mengenai penyempurnaan amanah itu, iaitu 'Shareholder’s Advance Agreement' bertarikh 22 Jun 2021, 19 Januari, 1 April, 27 April dan 6 Disember 2022 serta 5 April 2023 dan 12 Mei 2024.Ia membabitkan perjanjian antara Energy Eco dengan empat pihak terbabit berhubung perniagaan pembuatan sarung tangan patuh syariah.Kesalahan didakwa dilakukan di dua bank di Taman Setiawangsa dan Bangsar di sini antara 22 Jun 2021 dan 15 Mei 2024.Setiap pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara antara dua hingga 20 tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.AKAN MENYUSUL

Go to News Site