Collector
Penganggur didakwa bunuh jiran | Collector
Penganggur didakwa bunuh jiran
Sinar Harian

Penganggur didakwa bunuh jiran

IPOH - Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh pada Isnin atas tuduhan membunuh jirannya minggu lalu.Tertuduh, Foon Choon Kheong, 53, hanya memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Jesseca Daimis.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada seorang wanita warga emas, Woo Chui Fun, 70, di sebuah rumah di Persiaran Pegoh Aman 2 Taman Desa Aman dalam daerah Kinta.Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 4.40 petang hingga 10 malam pada 4 Mei 2026.Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya, Muhammad Zulqarnain Wan Asmira manakala tertuduh diwakili peguam, Khesmin Kapil Dhanoa Singh.Majistret Evangelin Simon Silvaraj menetapkan 3 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan forensik dan kimia.Pada 5 Mei lalu, media melaporkan seorang wanita warga emas maut akibat ditetak seorang lelaki yang juga jirannya di sebuah rumah di Persiaran Pegoh Aman 2, Taman Desa Aman, di sini.Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata wanita berusia 70 tahun itu ditemukan dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.Pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan kecederaan dipercayai akibat ditetak pada bahagian badan, kepala dan leher mangsa.Pihak polis turut menemukan sebilah parang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Go to News Site