Collector
Berprinsip dan tegas, Azam Baki akui ramai musuh | Collector
Berprinsip dan tegas, Azam Baki akui ramai musuh
Sinar Harian

Berprinsip dan tegas, Azam Baki akui ramai musuh

PUTRAJAYA - Tindakan tegas berprinsip Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki tanpa memilih jalan 'selamat' sepanjang kerjaya menyebabkannya bertambah musuh.Menurut Azam, prinsipnya sejak berkhidmat selama empat dekad menyebabkan beliau tidak mempunyai ramai rakan."Sejak saya berkhidmat dalam BPR (Badan Pencegah Rasuah) dan bergelar Ketua Pesuruhjaya SPRM juga membuatkan saya mempunyai lebih ramai musuh."Ketika berkhidmat saya cenderung untuk tidak melakukan apa-apa yang selamat kerana merasakan untuk menjadi pemimpin sedemikian, ia seperti tidak melakukan apa-apa," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.Azam berkata, ketegasannya itu dibuktikan menerusi siasatan dan tindakan terhadap kes-kes berprofil tinggi termasuk bekas Perdana Menteri serta ahli politik serta pegawai kanan agensi penguat kuasa.Tambahnya, ramai pihak tidak berpuas hati dengan tindakan siasatan yang diambil SPRM."Prinsip saya jelas, siapa yang bersalah kena didakwa tanpa mengira kedudukan," ujarnya.Antara kes berprofil tinggi yang disiasat semasa Azam menjawat Ketua Pesuruhjaya SPRM ialah siasatan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan kes Projek Jana Wibawa selain Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).Azam mula menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya pada 9 Mac 2020 menggantikan Latheefa Koya.Beliau kemudian dilantik semula sebanyak tiga kali berturut-turut, setiap kali untuk tempoh setahun, iaitu pada Mei 2023, Mei 2024 dan Mei 2025.

Go to News Site