Collector
Kemalangan tiga kenderaan: Pemandu Proton Inspira ditahan | Collector
Kemalangan tiga kenderaan: Pemandu Proton Inspira ditahan
Sinar Harian

Kemalangan tiga kenderaan: Pemandu Proton Inspira ditahan

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 28 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) menghala ke Plaza Tol Duta di sini pada Sabtu.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya terkesan video tular berkaitan kejadian itu di media sosial."Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 malam melibatkan sebuah Toyota Hilux, Proton Wira dan Proton Inspira."Siasatan awal mendapati Proton Inspira dipandu lelaki tempatan berusia 26 tahun dipercayai terbabas sebelum berhenti di lorong kanan lebuh raya," katanya Salam kenyataan pada Isnin.Mohd Zamzuri berkata, sebuah Proton Wira dipandu lelaki warga Indonesia berusia 40 tahun kemudian melanggar kenderaan terbabit sebelum sebuah Toyota Hilux dipandu lelaki tempatan berusia 41 tahun turut merempuh Proton Inspira berkenaan."Insiden itu menyebabkan Proton Inspira dan Toyota Hilux terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar penghadang jalan."Kesemua pemandu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Menurutnya, Toyota Hilux mengalami kerosakan pada bahagian bumper belakang, sensor undur, bonet hadapan, bumper hadapan dan tangki air."Proton Wira pula mengalami kerosakan pada bumper, bonet, lampu hadapan kiri dan kanan serta fender, manakala kerosakan Proton Inspira masih dalam siasatan," katanya.Mohd Zamzuri berkata, polis telah menahan pemandu Proton Inspira bagi membantu siasatan."Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Antara tindakan diambil termasuk mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), merakam percakapan saksi, melakukan lawatan ke lokasi kejadian serta pemeriksaan dan mengambil gambar kenderaan terlibat," katanya.

Go to News Site