Collector
Amang seksual anak kekasih dalam kereta, duda dipenjara enam tahun | Collector
Amang seksual anak kekasih dalam kereta, duda dipenjara enam tahun
Sinar Harian

Amang seksual anak kekasih dalam kereta, duda dipenjara enam tahun

MELAKA – Seorang duda dipenjara enam tahun serta satu sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh pada Isnin atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak kekasihnya dalam kejadian bulan lalu.Tertuduh, Muhammad Ilyas Mohd Mokhtar, 48, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan dibacakan.Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa yang merupakan remaja perempuan berusia 14 tahun antara jam 9 malam hingga 10 malam pada 23 April lalu.Perbuatan itu dilakukan di dalam kereta ketika dalam perjalanan dari Kampung Bertam ke Ayer Molek di daerah Melaka Tengah.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebat.Mengikut fakta kes, kejadian berlaku ketika mangsa mengikut tertuduh bagi urusan mengambil geran kereta sebelum lelaki itu bertindak sedemikian.Mangsa bagaimanapun tidak menceritakan kejadian itu kepada ibunya, namun memaklumkannya kepada jiran sebelum laporan polis dibuat.Tertuduh memohon hukuman ringan dengan alasan perlu menyara seorang anak berusia 14 tahun serta ibunya yang telah lanjut usia.Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qayyum Ramlan memohon mahkamah mengenakan hukuman berat dengan mengambil kira usia mangsa yang masih di bawah umur."Tertuduh tiada rekod lampau, namun saya mohon hukuman penjara dan sebatan dikenakan mengambil kira usia mangsa yang baru 14 tahun."Tertuduh mengenali mangsa dan sepatutnya melindunginya, bukan mengambil kesempatan terhadap mangsa. Mohon hukuman berat dikenakan ke atas tertuduh," katanya.Mahkamah kemudian menerima pengakuan bersalah tertuduh dan memerintahkan hukuman itu dari tarikh tangkap.

Go to News Site