Collector
Wanita maut, bayi lapan bulan antara cedera pacuan empat roda terbabas | Collector
Wanita maut, bayi lapan bulan antara cedera pacuan empat roda terbabas
Sinar Harian

Wanita maut, bayi lapan bulan antara cedera pacuan empat roda terbabas

LAHAD DATU - Seorang wanita maut manakala tiga lagi termasuk bayi berusia lapan bulan cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dalam kejadian di Jalan Bukit Belacon Segama di sini pada Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Nalma Ato, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi manakala tiga lagi, Oden Amros, 42, Aiman Makmur, 25, dan bayi perempuan dikenali sebagai Sartika masing-masing mengalami kecederaan ringan.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.47 pagi.Katanya, seramai enam anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 17 kilometer dari BBP Lahad Datu."Kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota SR yang terbabas sendiri dan terdapat seorang mangsa tersepit didalamnya."Operasi mengeluarkan mangsa segera dilalukan menggunakan peralatan khas Rescue Tools (RTA) namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. "Sementara itu, tiga lagi mangsa lain dilaporkan hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Lahad Datu dengan menggunakan ambulans bagi rawatan lanjut."Operasi kemudian ditamatkan selepas memastikan tiada bahaya lain wujud di lokasi kejadian," katanya.

Go to News Site