Collector
Bakal guru dakwa dibuli, dipaksa buat bunyi lucah | Collector
Bakal guru dakwa dibuli, dipaksa buat bunyi lucah
Sinar Harian

Bakal guru dakwa dibuli, dipaksa buat bunyi lucah

KUCHING - Insiden buli yang didakwa melibatkan pelatih junior, yang juga bakal guru, di sebuah Institut Pendidikan Guru (IPG) di sini tular di media sosial sejak dua hari lalu.Menerusi maklumat yang tersebar, kejadian itu didakwa membabitkan penuntut senior membuli penuntut junior lelaki sesi 2025/2030, dan dipercayai berlaku antara jam 12.30 tengah malam hingga 4.30 pagi, Jumaat lalu.Berdasarkan dakwaan, hampir 100 penuntut junior lelaki dipercayai menjadi mangsa apabila mereka didakwa dipaksa menjalani pelbagai bentuk layanan memalukan selama kira-kira empat jam.Menurut dakwaan juga, penuntut junior dikatakan dipaksa mencangkung, melakukan aksi tidak senonoh serta mengeluarkan bunyi lucah.Perbuatan itu didakwa berlaku di hadapan penuntut lain sehingga menimbulkan rasa malu dan tekanan kepada mangsa yang terlibat.Selain itu, terdapat juga dakwaan beberapa pelajar dipanggil ke hadapan untuk meniru aksi tertentu, malah seorang penuntut junior turut dipersenda di hadapan rakan-rakan lain.Mangsa turut didakwa dipanggil dengan gelaran menghina atau kesat, selain tidak dibenarkan membawa telefon bimbit dan jam tangan ketika sesi berkenaan berlangsung.Susulan penyebaran maklumat tersebut, gesaan menerusi surat terbuka di media sosial turut dibuat supaya pihak berkaitan menjalankan siasatan yang telus berhubung dakwaan berkenaan.Sementara itu, seorang wanita yang juga ibu kepada salah seorang penuntut di IPG berkenaan menzahirkan rasa kesalnya sambil menggesa siasatan segera dilakukan bagi menghentikan budaya buli dalam kalangan bakal pendidik."Adalah amat dikesali jika benar berlaku seperti yang didakwa, buli tidak sepatutnya berlaku lagi kerana seperti yang kita ketahui banyak kejadian tidak diingini berlaku akibat perbuatan itu."Saya terkejut selepas membaca dakwaan itu dan bimbang jika anak saya antara yang menjadi mangsa," katanya dipetik menerusi laporan Berita Harian, pada Isnin.Beliau yang enggan dikenali turut berkata, perbuatan buli tidak seharusnya berlaku di IPG yang menjadi institusi melahirkan pendidik berakhlak dan berwibawa."Memang amat menyedikan apabila bakal guru diperlakukan dan dididik dengan budaya yang tidak bermoral dan memalukan," katanya.

Go to News Site