Collector
Polis serbu pusat panggilan, cekup 13 'scammer' warga China | Collector
Polis serbu pusat panggilan, cekup 13 'scammer' warga China
Sinar Harian

Polis serbu pusat panggilan, cekup 13 'scammer' warga China

MANJUNG – Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang beroperasi menerusi pusat panggilan dalam tiga serbuan berasingan di sekitar Sitiawan dan Lumut pada 8 Mei lalu.Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.Menurutnya, hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan 10 lelaki dan tiga wanita warga China berusia antara 23 hingga 46 tahun yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud."Turut dirampas dalam operasi itu ialah dua kenderaan, 44 unit telefon bimbit, 11 komputer riba, dua modem WiFi dan satu kad akses premis."Siasatan awal mendapati ahli sindiket menggunakan premis tersebut bagi menjalankan kegiatan 'calling centre' dengan menawarkan penipuan pelaburan tidak wujud secara atas talian," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Hasbullah berkata, sindiket itu menyasarkan mangsa dari Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah dengan menggunakan aplikasi Telegram⁠ dan WhatsApp⁠ untuk mencari pelanggan berpotensi.Katanya, sindiket dipercayai memperdaya mangsa dengan menawarkan peluang pelaburan melalui laman web palsu sebelum mendorong mereka membuat transaksi kewangan.Menurutnya, kesemua suspek kini direman selama enam hari sehingga 14 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan Seksyen 120B Kanun Keseksaan kerana bersubahat melakukan jenayah.Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian yang dipromosikan melalui media sosial.Katanya, semakan dengan pihak berkuasa berkaitan seperti polis, Bank Negara Malaysia⁠ dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia⁠ boleh dilakukan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan.Beliau berkata, sebarang maklumat berkaitan jenayah komersial boleh disalurkan ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-688 6222 atau hotline WhatsApp 017-682 8005.

Go to News Site