Sinar Harian
MELAKA - DAP Melaka mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan cawangan pertama di Kampung Padang Temu Kini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, penubuhan cawangan tersebut membuktikan parti itu kini semakin diterima pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.Menurutnya, cawangan berkenaan turut disertai ahli daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan Portugis."Ini merupakan cawangan DAP pertama di kawasan majoriti pengundi Melayu melebihi 70 peratus dan lebih 80 peratus ahli terdiri daripada orang Melayu."Cawangan ini juga bersifat berbilang kaum dan agama yang membuktikan politik khidmat dengan tema demokratik, adil dan peduli yang dibawa DAP diterima baik oleh setiap lapisan masyarakat," katanya menerusi hantaran di Facebook.Beliau berkata, semua ahli baharu turut diingatkan supaya memberi khidmat berterusan kepada rakyat tanpa mengira masa demi kepentingan masyarakat secara keseluruhan."Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa yang dipilih dan berharap mereka dapat menjalankan amanah dengan baik," katanya.
Go to News Site