Collector
Tikam 61 kali: Suspek bunuh Nurfisya dituduh hari ini | Collector
Tikam 61 kali: Suspek bunuh Nurfisya dituduh hari ini
Sinar Harian

Tikam 61 kali: Suspek bunuh Nurfisya dituduh hari ini

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan gadis Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) tiba di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa bagi menghadapi pertuduhan bunuh.Suspek, 19, tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.15 pagi dengan memakai baju T berwarna hitam dan diiringi anggota polis.Keadaan di pekarangan mahkamah dikawal ketat dengan kehadiran anggota polis dan pihak media yang mengikuti perkembangan kes berkenaan.Kes itu mendapat perhatian ramai susulan mayat mangsa, Nurfisya Zulkifly, 19, yang ditemukan dengan 61 tikaman di Ketereh di sini pada 1 Mei lalu.Tertuduh dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Go to News Site