Collector
20 tahun membina kesejahteraan: Herbalife terus melangkah jauh | Collector
20 tahun membina kesejahteraan: Herbalife terus melangkah jauh
Sinar Harian

20 tahun membina kesejahteraan: Herbalife terus melangkah jauh

Tahun ini menjadi detik bermakna buat Herbalife apabila jenama itu menyambut ulang tahun ke-20 kehadirannya di Malaysia; satu perjalanan panjang yang sarat dengan usaha meningkatkan kesedaran kesejahteraan serta membina kehidupan lebih baik dalam kalangan masyarakat.Sejak mula bertapak pada 2006, Herbalife bermula sebagai sebuah komuniti kecil yang terdiri daripada individu yang berkongsi minat terhadap gaya hidup sihat.Dengan kepercayaan terhadap kepentingan pemakanan seimbang, pendidikan dan sokongan berterusan, ia kini berkembang menjadi satu gerakan komuniti yang lebih besar dan dinamik.Bukan sekadar menggalakkan amalan hidup sihat, komuniti ini turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menceburi bidang keusahawanan fleksibel, sekali gus membantu memperkasa ekonomi individu dan komuniti setempat.Sepanjang dua dekad, Herbalife terus meluaskan pengaruhnya ke seluruh negara - dari bandar utama hingga ke kawasan kecil menerusi lebih 1,100 Kelab Nutrisi.Kelab-kelab ini bukan sahaja menyediakan produk nutrisi, malah menjadi tempat yang menyatukan jurulatih dan komuniti dalam usaha menyokong perjalanan kesejahteraan masing-masing.Dengan bimbingan, galakan serta perkongsian pengalaman, kelab-kelab ini berjaya mewujudkan suasana kebersamaan yang kukuh, sekali gus membantu rakyat Malaysia membina gaya hidup sihat yang mampan dan bermakna.Dalam masa sama, para pengedar bebas Herbalife turut memanfaatkan pelbagai pendekatan untuk mengembangkan perniagaan mereka. Perkembangan teknologi dan media sosial kini membuka ruang lebih luas untuk mereka berhubung dengan pelanggan serta memperluas jaringan perniagaan, bukan sahaja di dalam negara malah ke lebih 90 negara di seluruh dunia.Pengarah Kanan dan Pengurus Besar Herbalife Malaysia dan Singapura, Steven Chin berkata, perjalanan 20 tahun Herbalife dibina berasaskan kekuatan insan dan komuniti."Pengedar, pelanggan, kakitangan dan rakan niaga memainkan peranan penting dalam menyokong antara satu sama lain. Mereka sentiasa berusaha menjadikan amalan kesejahteraan lebih mudah diakses dan relevan untuk semua lapisan masyarakat," katanya.Tiga tunjang utama: Inovasi, sains dan komunitiSepanjang tempoh tersebut, perkembangan Herbalife dipacu oleh tiga elemen utama iaitu inovasi produk, kewibawaan saintifik dan penglibatan komuniti.Dari aspek inovasi, Herbalife terus memperkenalkan pelbagai produk bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden. Antara produk yang ditawarkan termasuk TurmeriX 336mg, Campuran Minuman Serat dengan Inulin, Serbuk Herba Retreat, ImmuLift serta rangkaian penjagaan diri Aloe Herba.Produk utamanya, Minuman Protein Soya Campuran Berkhasiat Formula 1, kekal sebagai antara minuman shake protein paling popular di Malaysia. Secara global, produk shake Herbalife diambil sebanyak 4.3 juta kali sehari, menjadikannya antara jenama produk nutrisi aktif dan gaya hidup terkemuka dunia.Dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat, pelbagai kempen telah dianjurkan termasuk Kempen Gaya Hidup Aktif Sihat, Kempen Sarapan Sihat, Cabaran Bakar Sejuta Kalori dan Cabaran Transformasi Badan.Selain itu, Cabaran Biggest Loser dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan turut mendapat sambutan memberangsangkan, termasuk pengiktirafan dalam Buku Rekod Malaysia 2022 bagi penyertaan senaman maya terbesar.Komitmen sosial dan pendidikanTidak terhad kepada produk dan perniagaan, Herbalife turut memberi tumpuan kepada tanggungjawab sosial.Sejak 2006, program Casa Herbalife telah membantu lebih 2,500 kanak-kanak dengan menyediakan makanan berkhasiat serta pendidikan kesihatan. Secara keseluruhan, lebih RM5 juta telah disalurkan bagi menyokong usaha ini.Dalam bidang pendidikan pula, Herbalife menjalinkan kerjasama dengan institusi seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi memperkasa pendidikan nutrisi dan sains sukan.Sejak 2021, lebih 5,000 pelajar, atlet dan profesional kesihatan telah mendapat manfaat daripada inisiatif ini. Kerjasama turut melibatkan organisasi seperti Persatuan Pemakanan Malaysia, Institut Sukan Negara dan beberapa badan profesional lain dalam usaha mempromosikan gaya hidup sihat berasaskan bukti saintifik.Peluang keusahawanan semakin mendapat sambutanHerbalife juga menyaksikan peningkatan minat terhadap keusahawanan fleksibel, khususnya dalam kalangan golongan muda dan pelajar.Melalui model perniagaan yang mudah dan berisiko rendah, individu boleh memulakan perniagaan sebagai Pengedar Bebas dengan modal minimum, tanpa keperluan pesanan bulanan serta jaminan pulangan wang dalam tempoh 90 hari.Pendekatan ini dilihat selari dengan kecenderungan generasi muda, khususnya Gen Z, yang semakin berminat untuk membina sumber pendapatan sendiri.Selain itu, pengedar turut dibantu melalui sistem sokongan menyeluruh termasuk latihan, alat digital serta bimbingan daripada penaja berpengalaman, sekali gus membantu mereka membina perniagaan secara mampan.Masa depan lebih cerah berteraskan inovasiMelangkah ke hadapan, Herbalife kekal komited untuk memperluas akses kepada pendidikan kesejahteraan berasaskan sains serta memperkenalkan inovasi baharu dalam bidang penjagaan kesihatan diri.Antara inisiatif terkini termasuk platform teknologi Pro2Col Herbalife yang turut menarik pelaburan daripada ikon bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.Menurut Steven Chin, kepercayaan dan keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan."Kami mahu rakyat Malaysia yakin dengan pilihan mereka dalam menjaga kesejahteraan. Dengan gabungan kepakaran global dan pendekatan tempatan, kami berusaha membantu masyarakat membina gaya hidup sihat yang berpanjangan," katanya.

Go to News Site