Collector
SPRM rekod nilai rampasan, sitaan RM16.29 bilion sejak 2021 | Collector
SPRM rekod nilai rampasan, sitaan RM16.29 bilion sejak 2021
Sinar Harian

SPRM rekod nilai rampasan, sitaan RM16.29 bilion sejak 2021

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merekodkan nilai rampasan, sitaan, pelucuthakan serta penyelesaian kes melebihi RM16.29 bilion bagi tempoh 2021 hingga April lalu.Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) SPRM, Hisyam Mohd Yusoff berkata, tahun 2023 merekodkan jumlah keseluruhan tertinggi dengan nilai RM8.11 bilion, diikuti 2021 (RM5.13 bilion) dan 2025 (RM1.74 bilion).Menurutnya, pada tahun 2024 pula merekodkan nilai RM789.4 juta, RM493.4 juta (tahun 2022) dan RM14.6 juta setakat empat bulan tahun ini."Bagi kategori jumlah beku dan sita, nilai tertinggi dicatatkan pada 2025 iaitu RM6.94 bilion berbanding RM1.22 bilion pada 2023 dan RM286.45 juta pada 2022."Pada 2021, jumlah beku dan sita direkodkan sebanyak RM162.52 juta sebelum meningkat mendadak pada tahun berikutnya manakala bagi tahun ini, jumlah berkenaan ialah RM16.92 juta setakat ini," katanya dalam kenyataan.Bagi jumlah pelucuthakan, Hisyam berkata, nilai tertinggi direkodkan pada 2025 sebanyak RM181.92 juta, diikuti 2022 (RM40.85 juta) dan 2023 (RM21.63 juta).Tambahnya, selain itu, jumlah kompaun menunjukkan peningkatan ketara bermula 2022 apabila RM52.19 juta direkodkan sebelum meningkat kepada RM60.82 juta pada 2024."Tahun 2021 tidak merekodkan sebarang kompaun, namun angka itu kembali tinggi pada 2025 dengan jumlah RM56.85 juta sebelum merekodkan RM10.47 juta bagi tahun ini," ujarnya.Sementara itu, Hisyam berkata, kategori penyelesaian kes atau settlement mencatatkan jumlah tertinggi pada 2023 iaitu RM8.08 bilion.Katanya, nilai settlement direkodkan sebanyak RM5.12 bilion direkodkan pada 2021, RM400.38 juta (tahun 2022) dan RM715.95 juta (2024), RM1.5 bilion (tahun 2025) RM786,556 (tahun 2026)," katanya.Selain itu, bagi tempoh bermula tahun 2020 hingga April lepas, SPRM menerima 40,648 maklumat sebelum berjaya melaksanakan sebanyak 6,643 tangkapan, 5,997 kertas siasatan dibuka dengan 2,843 pertuduhan serta 1,459 kes merekodkan sabitan."Tahun 2024 mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi iaitu sebanyak 1,334 kes berbanding 998 tangkapan pada 2020, 851 (2021), 909 (2022), 1,137 (2023), 1,145 (2025) dan 269 tangkapan setakat tahun ini."Bagi pertuduhan pula, tahun 2021 merekodkan jumlah tertinggi dengan 525 pertuduhan, diikuti 480 pada 2020, 390 (2022), 446 (2023), 454 (2024), 475 (2025) dan 73 pertuduhan bagi tahun ini," katanya.Tambahnya, statistik turut menunjukkan sebanyak 190 sabitan direkodkan pada 2020 sebelum meningkat kepada 300 sabitan pada 2021, manakala 255 sabitan (2022) dan 185 sabitan (2023) sebelum kembali meningkat kepada 256 pada 2024."Pada 2025, sebanyak 234 sabitan direkodkan manakala 39 sabitan dicatatkan setakat tahun ini," jelasnya.Sementara itu, ujarnya, jumlah maklumat diterima SPRM menunjukkan trend melebihi 6,000 setiap tahun dengan 7,440 maklumat diterima pada 2020, diikuti 6,463 (2021), 6,028 (2022), 6,040 (2023), 6,520 (2024) 6,570 (2025), manakala 1,587 (2026).

Go to News Site