Collector
Lotus's sambut ulang tahun ke-4 | Collector
Lotus's sambut ulang tahun ke-4
Sinar Harian

Lotus's sambut ulang tahun ke-4

AMPANG – Lotuss Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) meraikan sambutan ulang tahun ke-4 penubuhannya menerusi pelbagai inisiatif menggabungkan penjimatan, ganjaran eksklusif dan program kebajikan untuk masyarakat.Pengarah Eksekutif Khidmat Korporatnya, Azliza Azmel berkata, kempen yang berlangsung dari 7 Mei hingga 3 Jun nanti membawa konsep tiga dalam satu, yang memberi fokus kepada nilai terbaik untuk pelanggan, pengalaman membeli-belah lebih bermakna serta usaha menyumbang kembali kepada orang ramai."Salah satu komponen inisiatif sambutan ulang tahun ini adalah kempen 'Beli dan Derma'. Terdapat dua mekanisme utama yang diperkenalkan dalam kempen itu."Pertama, sebanyak 0.5 peratus daripada jualan barangan jenama Lotus’s akan disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional (Makna) bagi membantu kos rawatan kanak-kanak yang menghidap kanser."Kedua, Lotus’s turut bekerjasama dengan Procter & Gamble (P&G) Malaysia, di mana 0.5 peratus daripada jualan produk syarikat itu akan disalurkan kepada Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum Malaysia (GAPS) dan Tender Touch Paediatric Rehabilitation Center. Ia membantu kos terapi melibatkan mobiliti serta perkembangan kanak-kanak yang memerlukan," katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Keempat Lotus: Celebrating & Giving Back with Dana Kongsi Ceria di Lotus Ampang, Dataran Pandan Prima, di sini pada Khamis. Hadir sama Ketua Pegawai Operasi Lotus's Malaysia, Neil Gurusamy.Ujar Azliza, pihaknya berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM168,000, hasil kutipan daripada jualan produk Lotus’s menerusi penganjuran kempen 'Beli dan Derma' pada tahun lalu."Dana tersebut telah disalurkan kepada GAPS, Tender Touch dan Special Kidz Rehab Care Centre, Kota Bharu."Dengan penyertaan P&G⁠ pada tahun ini, kami berharap jumlah dana yang dapat dikumpulkan akan meningkat berbanding tahun lalu, sekali gus memberi manfaat kepada lebih ramai penerima," ujarnya.Pelanggan nikmati harga lebih rendahMenurutnya, pelanggan juga boleh menikmati pelbagai tawaran Beli 1 Percuma 1 melibatkan lebih 530 barangan keperluan harian dan produk kegemaran isi rumah termasuk kategori utama seperti barangan dapur, keperluan rumah dan penjagaan diri.Menurutnya, inisiatif 'Harga Hangat' turut diteruskan bagi memastikan pelanggan dapat menikmati harga lebih rendah untuk barangan keperluan asas isi rumah."Pelanggan juga boleh memaksimumkan penjimatan menerusi ‘Hari My Lotus’s’ pada setiap hari Rabu, di mana perbelanjaan minimum RM60 melayakkan pembeli menerima empat kali ganda mata ganjaran, kupon RM4 serta sehingga 10 kali ganda mata bagi barangan harga ahli."Bagi menambah lagi kemeriahan, pelanggan yang berbelanja minimum RM40 dalam satu resit di stor Lotus’s, Lotus’s Shop Online, premis penyewa terpilih di pusat beli-belah atau RM40 di medan selera termasuk gabungan resit boleh menyertai peraduan 'Menang Besar Senyum Lebar'," kata beliau.Azliza berkata, penganjuran kempen 'Menang Besar Senyum Lebar' memberi peluang kepada peserta untuk beberapa hadiah utama seperti kenderaan elektrik (EV), Proton eMas 7; Samsung Galaxy Z Flip7; kerusi urut Gintell B-Bravo dan penginapan selama tiga hari dua malam di Colmar Tropicale, Berjaya Hills."Sebanyak empat cawangan Lotus’s iaitu di Puchong, Klang, Shah Alam dan Rawang juga mengadakan pertandingan khas meneka jumlah produk jenama Lotus’s di dalam sebuah kereta yang dipamerkan di premis terbabit."Pertandingan berkenaan turut dijalankan secara langsung menerusi TikTok sepanjang tempoh kempen berlangsung," ujarnya.Menurut Azliza, semangat #KitakanJiran terus menjadi panduan utama syarikat dan kekal sebagai teras sambutan ulang tahun kali ini.Platform kenali MaknaSementara itu, Pengurus Besar Makna, Farahida Mohd Farid berkata, inisiatif sumbangan Lotus's amat dialu-alukan dalam usaha membantu memperluaskan kesedaran masyarakat mengenai peranan serta fungsi organisasi tersebut.Jelasnya, Makna sentiasa memberi fokus kepada usaha menyalurkan bantuan dan perkhidmatan kepada pesakit kanser, namun sokongan daripada syarikat korporat seperti Lotus’s membuka peluang lebih besar untuk mendekati masyarakat."Inisiatif Lotus’s memberi platform kepada kami untuk memperkenalkan Makna kepada orang ramai memberikan manfaat kepada mereka untuk mengenali fungsi sesebuah organisasi."Saya berharap program seperti ini dapat diteruskan kerana ia bukan sekadar kutipan derma, tetapi turut membuka peluang kepada kami untuk berinteraksi dengan pengunjung," katanya.REAKSI"Inisiatif kebajikan Lotus's sangat membantu. Sumbangan itu dapat membantu dari segi kewangan dan urusan perbelanjaan termasuk pengangkutan dan rawatan. Selain wang, Lotus's mungkin boleh salurkan bantuan keperluan untuk mereka yang memerlukan terutama pesakit kanser." Suri rumah, Nur Syafiqah Ahmad Alimi, 37."Saya berterima kasih kepada Lotus's. Inisiatif kebajikan itu secara langsung dapat membantu meringankan beban kami sebagai ibu bapa dalam menguruskan rawatan anak-anak orang kurang upaya (OKU)." Suri rumah, Nur Zuraifah Ramli, 38."Saya berharap agar usaha bantuan kebajikan seperti yang dilakukan Lotus's ini dapat diteruskan kerana anak-kanak ini memerlukan rawatan berterusan jangka panjang. Ia secara langsung dapat membantu keluarga lain yang berdepan dengan situasi sama." Bekerja sendiri, Norazilah Hisham, 48.

Go to News Site