Collector
Tikam 61 kali: Penuntut kolej didakwa bunuh Nurfisya | Collector
Tikam 61 kali: Penuntut kolej didakwa bunuh Nurfisya
Sinar Harian

Tikam 61 kali: Penuntut kolej didakwa bunuh Nurfisya

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh pelajar Kolej Poly-Tech MARA, Nurfisya Zulkifly yang mayatnya ditemukan dengan 61 tikaman di Ketereh pada 1 Mei lalu.Tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nurfisya Zulkifly, 19, antara jam 11.40 malam pada 30 April lalu hingga 12.20 tengah malam, 1 Mei lalu di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh di sini.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Kelantan, Wan Azimah Yaacob dibantu Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nadzir Abdullah dan Ahmad Naabil Mohamed Asri manakala tertuduh diwakili peguam, Alias Ibrahim.Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes dan laporan pakar pada 2 Julai ini.Mahkamah juga tidak membenarkan tertuduh diiikat jamin.Pada 1 Mei lalu, gadis berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring di atas jalan berdekatan sawah padi dengan keadaan berlumuran darah oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum menghubungi polis.Bedah siasat yang dijalankan atas mayat menemukan 61 tikaman di badan dan muka mangsa serta disahkan meninggal dunia akibat tikaman berganda di bahagian dada.Susulan itu, polis menahan empat termasuk dua remaja lelaki berusia 19 tahun termasuk tertuduh.

Go to News Site