Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Keresahan masyarakat Melayu ketika ini tidak lagi boleh dilihat hanya daripada sudut politik atau ekonomi semata mata, sebaliknya melibatkan cabaran lebih besar merangkumi agama, pendidikan, sosial dan masa depan generasi muda negara.Perkara itu dibangkitkan menerusi pembentangan lima teras utama pada Musyawarah Nasional ‘Keresahan Bangsa Melayu: Apakah Penyelesaiannya?’nmelibatkan aspek agama, politik, ekonomi, pendidikan dan sosial.Pengerusi Teras Agama Musyawarah Nasional, Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim berkata, institusi agama dan sistem perundangan syariah perlu terus diperkukuhkan bagi menjaga akidah umat Islam susulan kebimbangan masyarakat Melayu terhadap pelbagai cabaran semasa termasuk pengaruh media sosial dan fahaman liberal.Menurut beliau, hasil kajian lapangan mendapati 91.1 peratus responden bersetuju institusi agama perlu diperkasakan bagi menjaga akidah umat Islam, manakala 95.8 peratus berpandangan identiti Melayu akan terjejas sekiranya tidak lagi berteraskan Islam.Katanya, sebanyak 81.3 peratus responden pula menyatakan kebimbangan terhadap generasi muda yang didakwa semakin menjauh daripada ajaran Islam selain 84.6 peratus bimbang terhadap fahaman liberal yang dilihat semakin mempengaruhi masyarakat."Kita tidak mahu dapatan ini dilihat berat sebelah kerana isu agama melibatkan semua pihak dan masa depan masyarakat," katanya ketika pembentangan pada Ahad.Sementara itu, Pengerusi Teras Politik Musyawarah Nasional, Profesor Dr Zainal Abidin Sanusi berpandangan orang Melayu tidak lagi mahu sekadar mendengar slogan dan jaminan politik, sebaliknya menuntut pembuktian jelas terhadap usaha menangani isu membabitkan agama, hak Melayu dan masa depan bangsa tersebut.Jelas beliau, keresahan politik masyarakat Melayu semakin ketara apabila rakyat melihat masih wujud jurang antara retorik politik dengan realiti pelaksanaan di peringkat akar umbi.Tambahnya lagi, isu integriti dan kejujuran kepimpinan turut menjadi antara faktor utama yang menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap politik Melayu selain mahukan tindakan lebih jelas terhadap isu melibatkan agama Islam, bahasa Melayu dan hak Bumiputera."Kalau isu ini tidak ditangani secara serius, rakyat akan terus pulang dengan keresahan yang sama walaupun pelbagai persidangan dan wacana diadakan," katanya. Pembangunan ekonomi perlu jadi dasar nasionalAgenda pembangunan ekonomi Melayu perlu dijadikan dasar nasional yang dilaksanakan secara lebih berani, tersusun dan mempunyai kuasa pelaksanaan yang jelas.Pengerusi Teras Ekonomi Musyawarah Nasional, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir Jamalullail menjelaskan, ekonomi orang Melayu masih banyak kelemahan akses kepada modal, teknologi, pasaran dan ekosistem perniagaan selain usahawan Melayu masih berdepan persepsi negatif dalam mendapatkan pembiayaan dan peluang ekonomi.Menurut beliau, pembangunan ekonomi Melayu tidak boleh lagi tertumpu kepada melahirkan usahawan semata-mata, sebaliknya perlu membina ekosistem lengkap termasuk penguasaan rantaian bekalan, teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta kecerdasan buatan (AI). "Kita tidak boleh terus bergantung kepada bantuan semata-mata. Mentaliti untuk berani bersaing dan membina kekuatan sendiri perlu diperkasakan," ujarnya. Beliau turut mengakui masyarakat Melayu perlu melakukan perubahan sikap termasuk mengurangkan budaya silo, memperkukuhkan kerjasama antara usahawan dan meningkatkan disiplin dalam pengurusan kewangan.Menurut Pengerusi Teras Pendidikan Musyawarah Nasional, Profesor Datuk Seri Dr Nor Inayah Ya'akub, generasi muda Melayu perlu dibentuk dengan mentaliti berani bersaing, menguasai teknologi dan mempunyai wawasan besar supaya tidak terus ketinggalan dalam landskap pendidikan serta ekonomi masa depan negara.Katanya, sistem pendidikan hari ini perlu bergerak lebih agresif dalam melahirkan modal insan Melayu yang berkualiti dan berdaya tahan selain memberi penekanan terhadap pembangunan kemahiran teknologi, AI dan bidang strategik yang menjadi keperluan ekonomi baharu dunia."Anak muda Melayu perlu dibina dengan mentaliti berani mengambil risiko, mahu berjaya dan mempunyai wawasan besar dalam kehidupan," jelasnya.Beliau turut menegaskan budaya terlalu bergantung kepada bantuan perlu diubah dengan membentuk sikap lebih berdikari dan berusaha meningkatkan kemampuan diri menerusi pendidikan serta latihan kemahiran termasuk Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).Isu sosial jadi cabaran baharuSementara itu, keruntuhan adab, budaya ilmu dan pemikiran kritikal dalam kalangan generasi muda dikenal pasti antara cabaran sosial terbesar yang boleh menjejaskan masa depan masyarakat Melayu ketika ini.Pengerusi Teras Sosial Musyawarah Nasional, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, masyarakat kini terlalu bergantung kepada teknologi dan algoritma sehingga mengabaikan kekuatan akal serta nilai kemanusiaan, sekali gus menyebabkan generasi muda semakin kurang berfikir secara mendalam dan mudah dipengaruhi kandungan media sosial yang tidak membina."Kita terlalu mengagungkan AI sehingga akal manusia semakin lemah untuk membuat pertimbangan sendiri," jelasnya. Tambahnya, pendidikan tidak boleh hanya tertumpu kepada pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu membentuk manusia yang mempunyai nilai kemanusiaan, tanggungjawab sosial, adab dan jati diri yang kukuh.Katanya, pembinaan masyarakat yang kuat perlu dimulakan sejak peringkat awal menerusi pengukuhan institusi keluarga, pendidikan, budaya ilmu dan pembentukan akhlak generasi muda supaya masyarakat Melayu tidak kehilangan nilai peradaban.
Go to News Site