Collector
Dua warga emas didakwa sebabkan kematian wanita ketika prosedur gugur kandungan | Collector
Dua warga emas didakwa sebabkan kematian wanita ketika prosedur gugur kandungan
Sinar Harian

Dua warga emas didakwa sebabkan kematian wanita ketika prosedur gugur kandungan

KUALA LUMPUR – Dua warga emas yang juga bekas kakitangan sebuah klinik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas satu pertuduhan menyebabkan kematian seorang wanita ketika menjalankan prosedur menggugurkan kandungan dua tahun lalu.Philomena Mathias, 83, dan Rusbur Kaur Partab Singh, 73, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Illi Marisqa Khalizan.Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menyebabkan kematian wanita berusia 45 tahun itu melalui perbuatan yang dilakukan dengan niat untuk menggugurkan janin.Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah klinik di Jalan Changkat Bukit Bintang di sini pada jam 5.30 petang, 22 Oktober 2024.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 314 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri manakala peguam, George Loh hadir bagi pihak kedua-dua wanita warga emas terbabit.Setiap tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan mahkamah menetapkan 29 Jun depan untuk sebutan semula kes.

Go to News Site