Collector
Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.7 bilion | Collector
Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.7 bilion
Sinar Harian

Kerugian penipuan dalam talian cecah RM2.7 bilion

KUALA LUMPUR - Kerugian akibat penipuan dalam talian di Malaysia merekodkan lebih RM2.7 bilion sepanjang tahun lalu.Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, perkembangan ancaman keselamatan moden yang bersifat dinamik serta rentas sempadan menuntut pendekatan lebih menyeluruh melalui kerjasama strategik dan penggunaan teknologi keselamatan terkini.Menurut beliau, perkara itu antara fokus utama yang diketengahkan menerusi penganjuran PDRM Special Dialogue V 2026 (PSD V 2026) yang menghimpunkan agensi penguatkuasaan, pakar teknologi, pemain industri dan komuniti keselamatan dari dalam serta luar negara."Bagi edisi kali ini, PSD V 2026 memberi fokus terhadap pelbagai ancaman keselamatan kontemporari termasuk jenayah siber, penipuan dalam talian, jenayah rentas sempadan, sindiket narkotik, aktiviti e-waste haram dan eksploitasi seksual kanak-kanak secara dalam talian."Program ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara menerusi pendekatan kolaboratif dan penerokaan teknologi keselamatan generasi baharu," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.Mohd Khalid berkata, selain kerugian penipuan dalam talian yang mencecah lebih RM2.7 bilion, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi berkaitan turut berjaya membongkar lebih 110 lokasi e-waste haram menerusi Ops Hazard 3.0.Katanya, operasi berkenaan melibatkan nilai rampasan melebihi RM582 juta."PSD V ini menjadi sebuah wacana diskusi ilmiah yang terangkum dalam usaha membanteras jenayah berkenaan," katanya.Beliau berkata, PSD V 2026 diterajui Jabatan Pengurusan PDRM dengan penglibatan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) serta Jabatan Logistik dan Teknologi (JLOG).Menurutnya, program berkenaan turut dilaksanakan dengan kerjasama strategik Alpine Integrated Solution Sdn Bhd bagi memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara menerusi penggunaan teknologi keselamatan moden.Tambah beliau, penganjuran PSD V 2026 menghimpunkan lebih 3,000 peserta termasuk lebih 200 delegasi VIP serta penglibatan 135 syarikat dari 17 negara menerusi sesi dialog strategik, pembentangan teknikal, bengkel tertutup dan pameran teknologi keselamatan.Katanya, antara topik utama yang dibincangkan sepanjang program berlangsung termasuk ancaman penipuan digital, social engineering, ancaman siber semasa, cryptoscam, pemerdagangan manusia era digital, keselamatan maritim serta penggunaan kecerdasan buatan dalam pengurusan sempadan.Mohd Khalid berkata, secara keseluruhannya PSD V 2026 mencerminkan komitmen berterusan PDRM dalam memperkukuh kesiapsiagaan keselamatan negara melalui pendekatan strategik, progresif dan berpaksikan kerjasama pelbagai pihak selaras dengan cabaran keselamatan global yang semakin dinamik serta berteknologi tinggi.

Go to News Site