Sinar Harian
TENOM - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Enam ditemukan lemas di Sungai Padas, Empangan Hidro Elektrik Pangi di sini pada Selasa.Muhamad Alif Lukman Bujang, 19, ditemukan dalam keadaan terapung oleh polis bantuan di empangan tersebut pada jam 6.50 pagi sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.Pemangku Ketua Polis Daerah Tenom, Asistan Superintenden Ahmad Razali Shaari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat mangsa di lokasi tersebut."Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Balai Polis Tenom telah bergerak ke lokasi dan bertindak mengangkat mayat tersebut sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.Katanya lagi, susulan penemuan mayat itu semakan turut dilakukan berhubung laporan yang diterima pihak polis sebelum ini."Semakan lanjut mendapati ada laporan pelajar keluar dari asrama sebuah sekolah menengah di daerah ini pada jam 7 pagi Isnin."Laporan itu dibuat oleh seorang warden asrama lelaki dan hasil pengecaman pada pakaian mayat mendapati positif seperti kemeja sekolah berkenaan," katanya.Katanya lagi, siasatan diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian dan mayat akan dibawa ke hospital di Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat."Punca kematian masih belum diketahui setakat ini, namun hasil pemeriksaan awal di lokasi kejadian dan di hospital oleh doktor mendapati tiada kecederaan yang berunsurkan jenayah dikesan," katanya.
Go to News Site