Sinar Harian
GOMBAK – Cubaan seorang lelaki meloloskan diri ketika serbuan polis di Jalan Ulu Yam Batu Caves di sini bertukar tegang apabila suspek bertindak agresif dengan melibas sebilah parang ke arah anggota polis sebelum dia berjaya diberkas pada Isnin.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menjalankan operasi tangkapan ke atas seorang suspek disyaki terlibat dalam pengedaran dadah."Suspek dipercayai cuba melarikan diri dan bertindak agresif dengan menyerang anggota polis dengan menggunakan parang sebelum dia ditahan di lokasi kejadian."Hasil pemeriksaan lanjut, kita merampas sebilah senjata tajam berukuran 57 sentimeter serta dadah disyaki heroin seberat 18.90 gram dan syabu seberat 7.40 gram," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Noor Ariffin berkata, suspek kini direman selama empat hari sehingga Jumaat bagi membantu siasatan lanjut."Kes disiasat di bawah Seksyen 39B, Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor S Prakash di talian 012-2940827 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di 03-61262222," katanya.
Go to News Site