Sinar Harian
PONTIAN – Polis menahan pasangan kekasih remaja selepas dipercayai menjerut leher seorang pemandu e-hailing sebelum melarikan kereta milik mangsa dalam kejadian di Taman Negara Tanjung Piai di sini Ahad lalu.Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun dan suspek perempuan berusia 17 tahun itu diberkas di kawasan Pangsapuri Rakyat Sungai Putat, Batu Berendam, Melaka, Isnin.Menurut beliau, polis menerima laporan berhubung kejadian samun yang mendatangkan kecederaan pada jam 8.51 pagi, Ahad lalu sebelum menjalankan operasi hasil maklumat risikan awam."Serbuan dijalankan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan pasukan Task Force Lejang Ketua Polis Daerah Pontian di kawasan pangsapuri tersebut antara antara jam 7 pagi hingga 2 petang Isnin."Hasil operasi, polis berjaya menahan pasangan remaja tempatan yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Jelas beliau, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengaku melakukan samun dengan cara menjerut leher mangsa menggunakan tali sling sebelum menarik mangsa keluar dan melarikan kereta Proton Saga miliknya ke Johor Bahru.Beliau memberitahu, selepas melarikan kenderaan tersebut, suspek dipercayai meninggalkan kereta mangsa di kawasan restoran makanan segera di Stulang Laut, Johor Bahru."Hasil pemeriksaan lanjut mendapati suspek lelaki yang tidak bekerja mempunyai tujuh rekod lampau berkaitan jenayah dan narkotik selain positif dadah jenis methamphetamine."Suspek remaja perempuan pula tidak bersekolah, tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan negatif ujian dadah," katanya.Dalam serbuan itu, polis turut merampas semula kereta Proton Saga milik mangsa, sebilah pisau boleh laras, tali sling yang digunakan dalam kejadian, telefon bimbit serta pelbagai barangan peribadi milik mangsa dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM30,000."Mangsa yang mengalami kecederaan kini dilaporkan stabil dan sedang menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru."Antara kecederaan dialami mangsa ialah pendarahan dalaman di kepala, calar di bahagian belakang badan, gegendang telinga kanan bocor serta luka koyak pada kulit lutut kanan,"ujarnya.Hazrat Hussein berkata, kedua-dua suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 18 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun hingga mendatangkan kecederaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan motor.Tambahnya, suspek lelaki turut disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952."Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam jenayah kekerasan dan tindakan tegas akan diambil selaras dengan undang-undang," katanya.
Go to News Site