Collector
Penunggang motosikal maut, polis cari pemandu Mazda RX-8 | Collector
Penunggang motosikal maut, polis cari pemandu Mazda RX-8
Sinar Harian

Penunggang motosikal maut, polis cari pemandu Mazda RX-8

SUBANG JAYA - Polis sedang mengesan pemandu Mazda RX-8 yang ditinggalkan di lorong kecemasan di Kilometer 12.5 Lebuhraya Elite di sini dipercayai alami kerosakan sebelum dirempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pada Selasa.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira jam 6.15 pagi melibatkan kemalangan dua kenderaan."Kejadian melibatkan sebuah motosikal jenis Modenas yang terlanggar bahagian belakang kereta Mazda RX-8 yang diletak dan ditinggalkan di lorong kecemasan dipercayai mengalami kerosakan."Penunggang motosikal iaitu lelaki tempatan berusia 23 tahun mengalami parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, polis masih mengesan pemandu kereta terbabit bagi membantu siasatan.Katanya, orang awam yang mempunyai maklumat tentang pemilik atau pemandu kereta terbabit diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Go to News Site