Collector
Azam hargai peranan media, BKS | Collector
Azam hargai peranan media, BKS
Sinar Harian

Azam hargai peranan media, BKS

PUTRAJAYA - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menzahirkan penghargaan terhadap sokongan yang diberikan petugas media kepada agensi itu.Menurutnya, sokongan daripada pengamal media termasuk arus perdana, portal dan elektronik bukan sahaja ditujukan kepada dirinya, malah kepada SPRM secara keseluruhan."Terus terang saya katakan, tidak pernah dalam sejarah karier saya rakan-rakan media begitu memberi sokongan."Saya sentiasa mengamalkan pendekatan terbuka terhadap media termasuk menerima kritikan serta laporan yang disiarkan."Saya rasa belum pernah lagi bergaduh dengan media dalam hal-hal tertentu walaupun mungkin ada penulisan yang menyinggung pegawai-pegawai saya, tetapi saya lihat daripada sudut positifnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Khas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Selasa.Majlis itu menyaksikan persaraan Azam sebagai Ketua Pesuruhjaya yang menyambut ulang kelahiran ke-63.Mengulas lanjut, kata anak jati Negeri Sembilan itu, beliau melihat sudut positif tugas dan amanah yang dilakukan media seperti yang dikehendaki rakyat.Menurut beliau, prinsip keterbukaan menjadi pegangan utama dalam mentadbir SPRM kerana ia amat penting dalam memastikan sesuatu organisasi mampu menangani isu yang dihadapi secara berkesan.Sementara itu, dalam ucapannya di majlis berkenaan, Azam turut menyentuh tentang kepentingan Bahagian Komunikasi Strategik (BKS) dalam SPRM dalam membantu menangani isu-isu persepsi serta menjelaskan segala tindakan suruhanjaya selama ini."Komunikasi yang berkesan adalah amat penting dalam sesebuah organisasi."Apa jua tindakan yang kita lakukan, jika rakyat tidak mengetahui pencapaian kita, ia boleh menimbulkan persepsi yang negatif."Saya pernah menyebut sebelum ini bahawa persepsi tidak boleh dihalang, tetapi perlu diurus dengan bijaksana dan berhemah," ujarnya.Jelasnya, usaha untuk memperkukuhkan komunikasi yang berkesan ini akan terus diteruskan pada masa akan datang.

Go to News Site